awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Singapura sambut Aidiladha pada 7 Jun - Mufti

Bernama
Bernama
27/05/2025
14:34 MYT
Umat Islam di Singapura sambut Aidiladha pada 7 Jun - Mufti
Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini, Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan pada Selasa. - Foto Facebook MUIS
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini, Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan pada Selasa.
Beliau berkata berdasarkan kiraan falak, anak bulan tidak kelihatan di atas ufuk Singapura selepas matahari terbenam pada petang Selasa.
Sehubungan itu, 28 Mei adalah hari ke-30 dan terakhir bagi bulan Zulkaedah.
"Oleh itu, bulan Zulhijah 1446H akan bermula pada Khamis (29 Mei). Ini bermakna Hari Raya Aidiladha akan jatuh pada 7 Jun," katanya dalam kenyataan.
Nazirudin turut mengajak umat Islam memanfaatkan kesempatan dalam hari-hari mulia bulan suci ini untuk memperbanyak ibadah dan berdoa demi keselamatan jemaah haji serta semua yang tertindas, khususnya di Gaza, Palestin.
"Selamat menyambut kedatangan bulan Zulhijah dan Aidiladha kepada semua umat Islam di Singapura," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Umat Islam
#Singapura
#Aidiladha
#anak bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan