awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok

Bernama
Bernama
12/04/2021
14:52 MYT
Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok
Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok, menurut Pejabat Sheikhul Islam Thailand. - Bernama
BANGKOK: Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok, menurut Pejabat Sheikhul Islam Thailand.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Sheikhul Islam Thailand Aziz Pitakkumpol mengumumkan tarikh berpuasa yang ditetapkan esok dalam satu kenyataan hari ini dan pengumuman itu turut disiarkan oleh stesen televisyen dan radio di Thailand.
Pejabat Sheikhul Islam Thailand sebelum ini menetapkan melihat anak bulan Ramadan berlangsung hari ini di Bukit Parik, Daerah Jaha, Wilayah Yala di selatan Thailand.
Sementara itu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengucapkan selamat berpuasa kepada semua penganut Islam di Thailand dan menggesa mereka supaya sabar dan tabah dalam menjalani ibadah di bulan suci ini.
"Pandemik COVID-19 yang berterusan mungkin menjadi satu penghalang untuk melaksanakan ibadat tetapi ia juga merupakan satu peluang yang baik bagi Muslim Thai meningkatkan kesucian dan kekuatan mental dengan keteguhan iman yang akan membawa kepada keamanan berpanjangan di dalam masyarakat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau Muslim Thai diberi peluang untuk melaksanakan ibadat mereka dan menzahirkan kekuatan iman dan takwa serta kesabaran dalam berpuasa, menjauhi segala bentuk kejahatan dan berbuat baik kepada yang lain, semuanya merupakan kunci utama kepada kesucian minda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Ramadan
#pandemik
#Islam
#COVID-19
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan