Skip to main content

Dunia

AS umum bantuan kemanusiaan US$1 bilion untuk agensi PBB

41746606268_americanflag.jpg
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan kemanusiaan dan tindak balas bencana melebihi US$1 bilion untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP). - Foto hiasan

WASHINGTON/NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan kemanusiaan dan tindak balas bencana melebihi US$1 bilion untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP).

Menurut Jabatan Negara AS pada Selasa, dana itu bertujuan menyokong bantuan menyelamatkan nyawa di lebih 40 negara, lapor agensi berita Jerman dpa.

Lebih US$800 juta akan disalurkan kepada WFP manakala UNICEF akan menerima lebih US$218 juta, menurut kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat sebulan selepas AS memaklumkan bahawa negara itu akan menyalurkan US$1.8 bilion kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Pada Disember lalu, pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan pembiayaan berjumlah US$2 bilion.

Sebelum Trump kembali memegang jawatan, sumbangan kewangan AS kepada PBB pada beberapa ketika adalah jauh lebih tinggi.

AS juga masih berhutang berbilion dolar dalam bentuk caruman keahlian kepada PBB yang kini berdepan tekanan kewangan yang serius serta berulang kali menerima kritikan keras daripada Trump.

Presiden itu mempersoalkan bantuan kemanusiaan AS pada permulaan penggal keduanya dan mengarahkan penamatan pelbagai program bantuan.

Di bawah pentadbiran Trump, ekonomi terbesar dunia itu turut menarik diri daripada beberapa organisasi PBB serta keluar daripada beberapa perjanjian yang disokong PBB.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement