awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang pengecualian cukai AS diluluskan

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
19/12/2017
22:39 MYT
Undang-undang pengecualian cukai AS diluluskan
White House dalam satu kenyataan berkata masyarakat kelas pertengahan akan menerima kelebihan utama dan mendapat keuntungan dari perundangan ini. - Foto Flicker
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan undang-undang pembaharuan sistem percukaian negara itu sejak tiga puluh tahun yang lalu.
Rang undang undang yang diusulkan wakil parti Republikan ini akan menyaksikan pengurangan kadar cukai pendapatan untuk perusahaan dan individu. Ia dilihat akan menyebabkan jurang pendapatan dan defisit bajet Amerika Syarikat semakin meningkat.
Dewan yang dipengaruhi majoritinya oleh ahli Republikan itu meluluskan undang-undang yang diberi nama Tax Cuts and Jobs Act menerusi undian majoriti 227-203, dimana semua wakil Demokrat dan 12 wakil Republikan mengundi untuk menolaknya.
Kini rang undang-undang itu akan dibawa ke Senat dan berdepan fasa undian terakhir pada hari yang sama.
Walaupun Republikan mempunyai 52 kerusi majoriti di Senat, mereka hanya mampu untuk kehilangan dua undian senator untuk meluluskan rang undang-undang itu tanpa sokongan sebarang wakil Demokrat.
Undang-undang ini akan memotong kadar cukai pendapatan dari 35 peratus kepada 21 peratus dan penolakan 20 peratus untuk pendapatan yang dijana melalui perniagaan.
Sementara itu, cukai pendapatan individu pula akan dikurangkan dari 39.6 peratus kepada 37 peratus.
White House dalam satu kenyataan berkata masyarakat kelas pertengahan akan menerima kelebihan utama dan mendapat keuntungan dari perundangan ini.
Perundangan ini merupakan kemenangan berkaitan terbesar pertama buat Donald Trump sejak menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45.
Pakej AS$1.5 trilion itu akan memberi pengecualian cukai terbanyak kepada golongan kaya dan perusahaan, dan pengurangan kadar sederhana buat keluarga kelas pertengahan dan bawahan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#cukai
#Demokrat
#Donald Trump
#Jurang pendapatan
#perundangan
#Presiden ke-45
#Republikan
#Senat
#Tax Act
#Tax Cuts and Jobs Act
#USD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan