RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis berkata keamanan di Asia Barat tidak boleh dicapai tanpa jaminan ke atas hak rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, beliau memberi amaran kepada Israel agar tidak menjadikan perjuangan politiknya kepada "perselisihan antara agama," merujuk kepada pencerobohan dan pencabulan terhadap kesucian Islam dan Kristian di Baitulmaqdis.
"Israel melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, dan mengetepikan Perjanjian Oslo, namun kami masih menaruh harapan anda mengambil keputusan untuk menamatkan pendudukan Israel di tanah kami," kata Abbas.
Abbas menggesa ketua PBB Antonio Guterres membuat persiapan untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa bagi proses damai yang terhenti "berikutan dasar Israel."
Persidangan itu "mungkin peluang terakhir untuk memastikan kemungkinan penyelesaian dua negara, dan untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk," katanya.
Abbas menuntut "langkah praktikal" untuk mengiktiraf negara Palestin dan mempunyai keahlian penuh dalam PBB.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan berulang Israel di bandar-bandar Palestin.
Rundingan damai antara Palestin dan Israel terhenti sejak April 2014 ekoran keengganan Tel Aviv untuk menghentikan pembinaan penempatan dan membebaskan tahanan Palestin. Mereka juga mengelak penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Abbas menuntut "langkah praktikal" untuk mengiktiraf negara Palestin dan mempunyai keahlian penuh dalam PBB.- Gambar fail/Reuters
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ketegangan di sempadan Gaza-Israel memuncak, puluhan warga Palestin maut
Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin maut dan ratusan lagi cedera selepas pihak keselamatan Israel melancarkan operasi mengekang tunjuk perasaan besar-besaran di Gaza.