awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika

Bernama
Bernama
23/08/2024
13:00 MYT
UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
UNICEF melaporkan bahawa kanak-kanak dan komuniti rentan paling terjejas akibat penularan wabak mpox yang semakin meningkat di Afrika, selepas lebih 200 kes dikesan di Burundi, Rwanda, Uganda, Kenya, dan Afrika Selatan. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa kanak-kanak dan komuniti rentan paling terjejas akibat penularan wabak mpox yang semakin meningkat di Afrika, selepas lebih 200 kes dikesan di Burundi, Rwanda, Uganda, Kenya, dan Afrika Selatan.
Pengarah Wilayah UNICEF untuk Timur dan Selatan Afrika, Etleva Kadilli berkata varian baharu mpox (clade Ib) dikenal pasti di semua negara yang terjejas kecuali Afrika Selatan.
Varian ini menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
"Varian baharu mpox menjadi ancaman serius kepada kanak-kanak dan keluarga.
"Selain daripada tindak balas kecemasan untuk menyelamatkan nyawa, usaha komunikasi risiko dan kerjasama rentas sempadan, pelaburan dalam Pengukuhan Sistem Kesihatan secara menyeluruh, kesinambungan perkhidmatan penting dan tumpuan khusus pada program yang menyokong kesejahteraan kanak-kanak secara keseluruhan mesti diutamakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Burundi melaporkan bilangan jangkitan tertinggi di rantau ini dengan 170 kes, manakala 45.3 peratus daripada kes melibatkan wanita, kata Kadilli.
"Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 20 tahun menyumbang hampir 60 peratus kes, dengan kanak-kanak di bawah lima tahun merangkumi 21 peratus," katanya.
Beliau berkata risiko terhadap kanak-kanak di Burundi meningkat disebabkan kejadian serentak wabak campak, berpunca daripada kadar imunisasi yang rendah dan kadar kekurangan zat makanan yang tinggi.
"Meskipun tindak balas dijalankan, negara itu terus menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan kit ujian diagnostik dan ubat-ubatan, kesedaran masyarakat yang rendah, kos operasi yang tinggi dan risiko gangguan terhadap kesinambungan perkhidmatan kesihatan penting," katanya.
UNICEF kini memohon dana kecemasan sebanyak US$16.5 juta bagi meningkatkan respons dan kesiapsiagaan di seluruh rantau ini.
"Keperluan pembiayaan akan disemak secara berkala mengikut perkembangan situasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNICEF
#amaran
#lonjakan kes
#mpox
#Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan