awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNIFIL berdepan cabaran bekalan di Lubnan akibat gangguan logistik dan aktiviti ketenteraan

Bernama
Bernama
20/10/2024
07:39 MYT
UNIFIL berdepan cabaran bekalan di Lubnan akibat gangguan logistik dan aktiviti ketenteraan
UNIFIL memaklumkan bahawa situasi di kawasan terbabit mencapai tahap krisis kerana bekalan tidak dapat disalurkan sejak 29 Sept lalu akibat sekatan jalan dan pertempuran yang berterusan. -X UNIFIL
PASUKAN Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang bertugas di Meiss ej Jebel, Lubnan kini berdepan masalah kekurangan bekalan kritikal, termasuk air, susulan cabaran logistik yang semakin meruncing akibat peningkatan aktiviti ketenteraan di sepanjang Blue Line.

Ringkasan AI
  • Pasukan UNIFIL di Meiss ej Jebel, Lubnan menghadapi kekurangan bekalan kritikal seperti air akibat sekatan jalan dan pertempuran yang berterusan sejak 29 September.
  • Selepas rundingan teliti, UNIFIL berjaya menyampaikan bekalan penting seperti makanan, air, dan ubat-ubatan ke pos tersebut, membolehkan pasukan pengaman kembali beroperasi.
  • Pasukan UNIFIL di selatan Lubnan diserang beberapa kali, dengan lima insiden dianggap sebagai serangan yang disengajakan, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di rantau itu.

Dalam hantaran di platform X pada Ahad, UNIFIL memaklumkan bahawa situasi di kawasan terbabit mencapai tahap krisis kerana bekalan tidak dapat disalurkan sejak 29 Sept lalu akibat sekatan jalan dan pertempuran yang berterusan.
Yesterday, peacekeepers in Meiss ej Jebel ran out of water after weeks without resupply. Access to positions near the Blue Line has been tough. While most positions have enough food and water for over 10 days, this one hadnt received supplies since 29 Sept due to blocked roads. pic.twitter.com/1EDoGcTdQA
— UNIFIL (@UNIFIL_) October 19, 2024
"Semalam (Sabtu), pasukan pengaman di Meiss ej Jebel kehabisan bekalan air selepas beberapa minggu tidak menerima bekalan semula. Akses ke pos-pos berhampiran Blue Line amat mencabar," menurut kenyataan itu.
Kebanyakan pos UNIFIL mempunyai bekalan makanan dan air yang mencukupi untuk lebih 10 hari, namun pos di Meiss ej Jebel tidak menerima sebarang bekalan sejak akhir September disebabkan jalan yang terhalang.
Selepas rundingan yang teliti dan memperoleh peluang sementara, UNIFIL akhirnya berjaya menyampaikan bekalan penting seperti makanan, air dan ubat-ubatan kepada pos itu, sekali gus membolehkan pasukan pengaman kembali beroperasi seperti biasa.
"Selepas melalui halangan seperti membersihkan jalan akibat pertempuran aktif serta amaran dari Tentera Pertahanan Israel (IDF) mengenai aktiviti ketenteraan, pos terbabit akhirnya berjaya dibekalkan dengan makanan, air dan keperluan penting, membolehkan pasukan pengaman meneruskan tugas mereka," menurut UNIFIL.
UNIFIL, yang ditubuhkan pada 1978, merupakan antara misi pengaman PBB yang paling lama beroperasi dengan lebih 10,000 anggota tentera ditempatkan di Lubnan.
Cabaran ini muncul di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu, sebahagiannya dicetuskan oleh konflik yang sedang berlaku di Gaza yang turut memberi kesan kepada seluruh wilayah Timur Tengah.
Pada Jumaat, seorang jurucakap UNIFIL mengesahkan bahawa pasukan mereka di selatan Lubnan diserang beberapa kali, dengan lima insiden dianggap sebagai serangan yang disengajakan.
Malaysia turut menyertai pasukan pengaman ini melalui Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang ditempatkan di Tibnin dan Marakah, menurut kenyataan terkini dari Kementerian Luar Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNIFIL
#Meiss ej Jebel
#masalah kekurangan bekalan kritikal
#Blue Line
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan