WALAU terpisah lebih 4,000km dari tanah asal budaya Nusantara, Daegu University of Foreign Studies (DUFS) di Daegu, Korea Selatan memulakan pengajian kebudayaan Melayu dengan memberi fokus kepada tulisan Jawi pada bulan ini.
Menurut Dekan Fakulti Asia Tenggara DUFS, Prof Dr Kang Kyoung Seok yang juga pakar tulisan jawi, universiti itu juga akan menjalankan kajian mengenai Ilmu Jawi atau Jawiology melalui Pusat Antarabangsa Jawiology di universiti tersebut.
Kang yang juga pengarah pusat itu berkata selain tulisan Jawi, DUFS juga akan menumpukan kepada pengajian dalam bahasa Melayu dan Indonesia.
"Kuliah Jawiology mendapat sambutan baik, ramai minat belajar. Tetapi penting bagi saya ialah membuat lebih banyak kajian mengenai ilmu jawi supaya kita semua dapat tahu lebih dalam mengenai Jawi," katanya yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama menerusi emel.
Kang, sebelum ini bersama Busan University of Foreign Studies sejak tahun 1982 dan bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Indonesia-Malaysia di universiti itu.
Menurutnya, DUFS memberi ruang kepadanya untuk melakukan kajian mengenai Jawi serta mengajar tulisan itu sebagai nilai tambah bagi generasi muda Korea Selatan.
Tambahnya lagi, DUFS juga sedang mengorak langkah untuk mengadakan program pengajian kerjasama dalam pengajian pelbagai bidang terutamanya Jawiology dengan universiti di Malaysia.
"DUFS akan menerima pelajar dari luar negara untuk mengikuti kursus Jawiology serta calon sarjana atau doktor falsafah (PhD) terutama dari Malaysia dan Brunei dalam jurusan ini," katanya.
DUFS juga berusaha menjemput pakar tulisan Jawi untuk mengajar dan membimbing pelajar serta siswazah dalam pengajian Jawiology.
Katanya, setakat ini DUFS telah mengadakan beberapa kerjasama dengan universiti dari Indonesia, namun masih berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan universiti di Malaysia.
"Saya harap sebuah universiti Malaysia dapat menandatangani kerjasama dengan DUFS ini sambil mengeksport pengajian Melayu ke DUFS supaya Korea dapat banyak belajar," katanya.
Kang menegaskan pengajian Melayu terutama melibatkan tulisan Jawi perlu mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak terutama universiti di Malaysia kerana jawi 'berpokok dan berakar' di negara ini.
Nizam Bakeri
Sun Mar 13 2016

Daegu University merupakan universiti swasta di Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 1956 dan kini mempunyai lebih 20 ribu orang mahasiswa - Gambar fail

Kerajaan Perak jawab isu kandang babi haram pada sidang DUN
Beliau berkata perkara itu akan dijawab oleh Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan pada sesi penggulungan sidang DUN Perak.

Jaga kestabilan untuk pastikan daya tahan, daya saing negara - Anwar
Rakyat perlu memastikan kestabilan negara dijaga terlebih dahulu dalam berhadapan dengan cabaran semasa dunia bagi memastikan kekalnya daya tahan dan daya saing negara.
Arab Saudi kuatkuasa permit masuk ke Mekah bermula 23 April untuk musim Haji
Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mewajibkan semua yang ingin memasuki Mekah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
148 maut dalam kemalangan bot di Congo
Insiden tragis itu berlaku lewat malam Selasa di Mbandaka, Wilayah Equateur, dengan ratusan mangsa dilaporkan masih hilang.

Pasangan panda gergasi Fu Wa, Feng Yi dihantar pulang ke China bulan depan
Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara sejak 2014 akan dihantar pulang ke China pada Mei ini.
Pasangan panda gergasi Fu Wa, Feng Yi dihantar pulang ke China bulan depan - NRES
Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara sejak 2014 akan dihantar pulang ke China pada Mei ini, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Keistimewaan lokan bakar, puding kelapa 'permata kulinari' di Tuaran
Keenakan lokan bakar yang dimakan bersama sambal kicap dan kesegaran puding kelapa - menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Kampung Salut, Tuaran.

Arif Aiman memiliki potensi luar biasa - Luis Garcia
Pada usia 22 tahun, Arif Aiman menjadi simbol bakat bola sepak tempatan, memukau peminat dengan kepantasannya yang luar biasa.

Pesara rugi lebih RM311,000 angkara ditipu pelaburan tidak wujud
Wanita berusia 66 tahun itu mendakwa telah memuat turun aplikasi diberikan suspek bagi tujuan pelaburan tersebut.

Arab Saudi kuat kuasa permit masuk ke Makkah bermula 23 April untuk musim haji
Mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak akan dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju ke kota suci itu.

Universiti Daegu Korea Selatan anjur pengajian tulisan Jawi
Daegu University of Foreign Studeies (DUFS) mulakan pengajian budaya Melayu bulan ini, dengan fokus kepada tulisan jawi dan bahasa Melayu.