awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Taiwan Expo 2025 penghubung produk Taipei, keperluan Malaysia - TAITRA
BISNES
Time Energy, AIMS meterai MOU inisiatif komuniti solar Malaysia pertama untuk pusat data
SUKAN
Fergus Tierney sah sertai Sabah FC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

UNRWA beri amaran krisis kewangan serius ancam perkhidmatannya

Bernama
Bernama
23/06/2025
21:00 MYT
UNRWA beri amaran krisis kewangan serius ancam perkhidmatannya
UNRWA memberi amaran yang ia sedang menghadapi krisis kewangan serius yang mengancam keupayaannya untuk terus beroperasi sehingga akhir tahun ini.
NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran yang ia sedang menghadapi krisis kewangan serius yang mengancam keupayaannya untuk terus beroperasi sehingga akhir tahun ini, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Penasihat media UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata, kekurangan kewangan ini bukan sahaja berlaku di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat, tetapi turut melibatkan semua kawasan operasi UNRWA termasuk Jordan, Lubnan, Syria dan Baitulmuqaddis Timur.
Beliau mendedahkan, yang agensi itu kini sedang bergelut dengan defisit kira-kira AS$200 juta.
Abu Hasna menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera untuk menyokong agensi itu, sambil menegaskan tanggungjawab ini bukan terletak semata-mata kepada UNRWA, tetapi menjadi tanggungjawab kolektif semua negara anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Beliau sebelum ini memberi amaran yang dana sedia ada UNRWA hanya mampu menampung operasi sehingga akhir Jun dan menyeru bantuan kewangan segera bagi memastikan tugas penting agensi itu dapat diteruskan.
UNRWA bergantung hampir sepenuhnya kepada sumbangan sukarela daripada negara anggota PBB untuk membiayai operasinya.
Agensi ini berperanan penting dalam menyediakan perkhidmatan asas kepada berjuta pelarian Palestin, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan kemanusiaan, pembangunan infrastruktur, penambahbaikan kem pelarian, program sokongan komuniti, perkhidmatan mikro-kewangan dan bantuan kecemasan, khususnya semasa konflik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNRWA
#krisis kewangan
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami