WASHINGTON: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan gambar konvoi bantuaan kemanusiaan yang terkena tembakan tentera laut Israel pada Isnin.

Gambar yang dikongsi Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza, Thomas White di platform X memaparkan sebuah trak yang rosak dengan kapsyen kenderaan itu terkena tembakan tentera laut tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pengarah Komunikasi UNWRA, Juliette Touma memaklumkan ini merupakan kali ketiga konvoi PBB terdedah kepada serangan semasa menghantar bekalan ke utara Gaza.

Dalam pada itu, pihak UNWRA dan menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ketua UNRWA Philippe Lazzarini yang dalam rangka lawatan tiga negara Teluk pada minggu ini, berusaha mendapatkan sokongan selepas penangguhan dana utama oleh penderma kunci berikutan dakwaan Israel bahawa beberapa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan pada 7 Oktober.