awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNRWA kecam Israel cipta kebuluran di Gaza

Bernama
Bernama
24/08/2025
05:16 MYT
UNRWA kecam Israel cipta kebuluran di Gaza
Menurut Lazzarini semua pihak yang mempunyai pengaruh mesti menggunakannya dengan penuh tekad dan rasa tanggungjawab moral.- Foto AP
ISTANBUL: Pesuruhjaya Agung Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu menggesa Israel berhenti menafikan tanggungjawab terhadap kebuluran yang dicetuskan di Semenanjung Gaza serta mendesak negara-negara berpengaruh bertindak segera bagi menamatkan krisis itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, mendesak Israel agar berhenti menafikan tanggungjawab terhadap kebuluran di Gaza dan menggesa negara berpengaruh bertindak segera.
  • Badan pemantau PBB, IPC, mengesahkan kebuluran telah berlaku di Gaza dan dijangka merebak ke kawasan lain menjelang akhir September.
  • Sejak Oktober 2023, lebih 62,000 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel, dengan kesan buruk termasuk kebuluran, pemindahan paksa dan penularan penyakit.

"Sudah tiba masanya kerajaan Israel berhenti menafikan kebuluran yang telah diciptakannya di Gaza.
"Semua pihak yang mempunyai pengaruh mesti menggunakannya dengan penuh tekad dan rasa tanggungjawab moral. Setiap jam amat berharga," kata Philippe Lazzarini menerusi platform media sosial X di Amerika Syarikat.
Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), iaitu badan pemantau kebuluran global yang disokong PBB, mengesahkan pada Jumaat bahawa kebuluran telah berlaku di wilayah pentadbiran Gaza, dan dijangka merebak ke kawasan tengah dan selatan enklaf itu menjelang akhir September.
Sejak Oktober 2023, lebih 62,000 penduduk Palestin di Gaza terbunuh akibat serangan Israel.
Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan enklaf berkenaan, mengakibatkan kematian akibat kebuluran, pemindahan paksa dan penularan penyakit.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNRWA
#Gaza
#kebuluran
#Israel
#Philippe Lazzarini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami