awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha jejaki kotak hitam pesawat China Eastern Airlines diteruskan

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2022
01:50 MYT
Usaha jejaki kotak hitam pesawat China Eastern Airlines diteruskan
Pasukan penyelamat mencari kotak hitam pesawat di lokasi nahas di Tengxian, pada Selasa 22 Mac 2022. - Foto AP/Xinhua News Agency
GUANGXI ZHUANG: Kerja-kerja penyelamatan di lokasi pesawat China Eastern Airlines yang terhempas kelmarin masih diteruskan sehingga Selasa malam.
Anggota keselamatan dan pegawai penerbangan awam masih menyiasat tapak kemalangan dan menjejaki sisa kapal terbang.
Namun setakat Selasa, tiada mangsa ditemui selamat.
Berdasarkan maklumat yang dilaporkan, masih tiada petunjuk jelas mengenai punca nahas berlaku.
Pada ketika ini, pasukan penyiasat sedang menjalankan siasatan penuh mengikut prosedur dengan anggota meninjau lokasi nahas untuk mengesan kotak hitam.
Pesawat jenis Boeing 737 dengan 132 penumpang dan anak kapal itu terhempas di kawasan pergunungan di selatan China ketika dalam penerbangan dari bandar Kunming ke Guangzhou pada Isnin.
Dilaporkan tiada warga asing dalam penerbangan MU5735 berkenaan ketika nahas.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#kotak hitam
#China Eastern Airlines
#MU5735
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan