awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

USFDA lulus penggunaan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
08:34 MYT
USFDA lulus penggunaan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak
Dengan kelulusan ini, Pfizer kini memohon kebenaran sama daripada Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain. - Gambar Fail
NEW YORK: Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer- Biontech untuk kanak-kanak seawal usia 12 tahun.
Proses imunisasi bagi golongan kanak-kanak di negara itu dijangka bermula dalam beberapa hari lagi.
Kata Naib Presiden Kanan Pembangunan dan Penyelidikan Vaksin dan Klinikal Pfizer, Dr William Gruber, kebenaran itu bermakna golongan kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan dua dos vaksin berkenaan.
"Kami gembira vaksin ini akan diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun secepat mungkin untuk manfaat mereka bagi menghasilkan imuniti kelompok.
"Langkah kritikal selepas ini adalah mendapatkan kelulusan CDC. ini adalah vaksin yang patut disarankan, mereka akan menentukan keadaannya. harapan kami ia akan digunakan bagi kumpulan umur 12 -15 tahun," katanya.
USFDA sebelum ini mengisytiharkan vaksin Pfizer sebagai selamat berdasarkan ujian ke atas 2,000 sukarelawan.
Kajian itu juga mendapati golongan usia berkenaan menghasilkan antibodi lebih tinggi daripada golongan dewasa.
Dengan kelulusan ini, Pfizer kini memohon kebenaran sama daripada Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain.
Pemberian vaksin bagi kumpulan umur lebih muda bagaimanapun masih dalam kajian.
Topic Berkaitan
#EU
#Amerika Syarikat
#Kanak-kanak
#presiden
#Kesatuan Eropah
#vaksin
#Pfizer
#BioNTech
#Pfizer-BioNTech
#suntikan
#USFDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan