INISIATIF COVAX umum rancangan untuk pengedaran lebih 100 juta dos menjelang akhir suku pertama tahun ini.

Ini akan diikuti dengan lebih 200 juta dos menjelang akhir Jun.

Menurut COVAX, semua vaksin yang akan diedarkan diperoleh daripada Astrazeneca dan Serum Institute of India.

Pakatan ini menjangkakan sekurang-kurangnya 100 juta vaksin tersedia menjelang hujung Mac dan 336 juta dos vaksin lagi diedarkan menjelang akhir Jun.

Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore berkata rumusan jangka panjang menerusi perjanjian dengan Serum Institute of India bagi vaksin COVID-19 adalah mendapat akses vaksin menerusi pemindahan dari AstraZeneca dan Noravax.

“UNICEF, bersama rakan perolehan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), akan membolehkan akses sehingga 1.1 bilion dos vaksin kepada lebih seratus negara dengan anggaran harga tiga dolar sedos, bagi negara berpendapatan rendah dan miskin,” kata Fore.

Inisiatif COVAX, diwujudkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, untuk memastikan pengedaran vaksin yang adil, khususnya kalangan negara-negara miskin.