LEBIH 1.506 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Rabu.

Ini merupakan pertambahan lebih puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data John Hopkins University, China kini mendahului dengan 421 juta dos vaksin sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 275 juta dos manakala India dengan 184 juta dos vaksin.

Negara lain yang catat jumlah dos melebihi 50 juta dos adalah Brazil dan United Kingdom.

Manakala Jerman dengan 40 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 30 dan 28 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 22 juta dos jauh meninggalkan negara lain.

Singapura pula dengan 3.2 juta dos, Filipina dengan 2.9 juta dos diikuti Thailand dengan 2.3 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 1.97 juta.