awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Johnson & Johnson berkesan tangani varian Delta

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2021
03:19 MYT
Vaksin COVID-19: Johnson & Johnson berkesan tangani varian Delta
Vaksin Johnson & Johnson didapati menghasilkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat dan tidak berkurangan. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Vaksin satu suntikan dikeluarkan Johnson & Johnson menunjukkan perlindungan yang kuat terhadap varian Delta dan mutasi lain yang muncul malah memberikan perlindungan terhadap jangkitan secara lebih luas.
Data menunjukkan ketahanan tindak balas imunisasi bagi penerima vaksinnya bertahan sekurang-kurangnya lapan bulan.
Syarikat farmaseutikal itu berkata, vaksin dibangunkannya itu 85 peratus berkesan dan membantu mencegah kemasukan ke hospital dan kematian.
Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Johnson & Johnson, Mathai Mammen berkata, data yang diperolehi selama lapan bulan menunjukkan vaksin Johnson & Johnson menghasilkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat dan tidak berkurangan.
"Malah kami melihat peningkatan dari masa ke masa.
"Penerima vaksin menghasilkan antibodi peneutralan yang kuat terhadap semua varian termasuk Delta," kata syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.
Varian Delta yang pertama kali dikesan di India menyumbang kepada kematian harian tertinggi di negara itu dan mendorong negara seperti United Kingdom menangguhkan pembukaan semula negara kepada Julai.
Pembuat vaksin lain termasuk Pfizer-BioNTech, Moderna dan AstraZeneca sebelum ini menyatakan vaksin COVID-19 mereka berkesan terhadap varian Delta.
Topic Berkaitan
#India
#United Kingdom
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#Pfizer-BioNTech
#Moderna
#jangkitan
#Johnson & Johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan