awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin Sputnik V, disyorkan kepada mereka yang berumur 18 sehingga 60 tahun

Bernama
Bernama
13/08/2020
23:36 MYT
Vaksin Sputnik V, disyorkan kepada mereka yang berumur 18 sehingga 60 tahun
Sampel vaksin COVID-19 yang dibangunkan Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology, di Moscow, Rusia, 6 Ogos, 2020. REUTERS
Vaksin baharu Rusia untuk COVID-19 disyorkan kepada individu berusia 18 hingga 60 tahun, kata ketua Pusat Kesihatan Saintifik Kementerian Kesihatan Rusia Vladimir Bondarev pada Rabu.
"Di Rusia, menjadi kebiasaan untuk mengesahkan (vaksin untuk) kanak-kanak daripada lahir hingga 18 tahun; dewasa daripada 18 hingga 60 tahun; dan warga emas - berusia lebih 60 tahun.
"Kajian klinikal kini dilakukan terhadap sekumpulan sukarelawan berusia 18 hingga 60 tahun. Oleh itu, vaksin ini sekarang ditujukan untuk kegunaan kepada mereka yang berusia 18 hingga 60 tahun", kata Bondarev dalam satu taklimat.
Pakar itu juga berkata kajian klinikal tambahan diperlukan untuk warga emas dan mungkin akan dilakukan semasa ujian klinikal pasca pendaftaran, lapor agensi berita Sputnik.
BACA: Menteri Jerman tak percaya vaksin COVID-19 Rusia selamat
BACA: Vaksin COVID-19 'Sputnik V' ciptaan Rusia laris meskipun masih dalam proses ujian klinikal
Sementara itu, pengarah Institut Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya Alexander Gintsburg berkata, beliau yang bakal mencecah umur 60 tahun sudah diberikan suntikan dengan vaksin itu dan berada dalam keadaan baik.
Awal minggu ini, Rusia mengumumkan untuk mendaftarkan vaksin COVID-19 pertama di dunia, dikenali Sputnik V.
Presiden Vladimir Putin sudah memberi kelulusan terhadap vaksin itu.
BACA: COVID-19: Jika vaksin Rusia bermasalah, ia jejas kepercayaan awam - Saintis
BACA: Vaksin COVID-19 Rusia agak 'luar biasa' - Pakar
Vaksin itu dibangunkan secara bersama oleh institut penyelidikan Gamaleya dan Dana Pelaburan Langsung Rusia.
Sehingga kini vaksin berkenaan sudah diuji terhadap 76 sukarelawan di dua institusi - Universiti Sechenov di Moscow dan Hospital Tentera Burdenko di Kementerian Pertahanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kanak-kanak
#kesihatan
#koronavirus
#Moscow
#pelaburan
#Rusia
#Sputnik V
#sukarelawan
#tentera
#ujian klinikal
#vaksin
#Vladimir Putin
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan