awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JBPM tidak kompromi salah laku anggota
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venezuela gesa syarikat penerbangan kembali selepas Trump umum buka semula ruang udara

Bernama
Bernama
30/01/2026
11:00 MYT
Venezuela gesa syarikat penerbangan kembali selepas Trump umum buka semula ruang udara
Rodriguez mengumumkan bahawa semua sekatan ruang udara komersial yang dikenakan sejak November 2025 telah ditarik balik. - Gambar fail/ Reuters
CARACAS: Pemangku Presiden Venezuela Delcy Rodriguez pada Khamis mengalu-alukan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa ruang udara Venezuela akan dibuka semula kepada penerbangan komersial serta menggesa syarikat penerbangan dan pelabur kembali ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Berucap di ibu negara, Rodriguez mengumumkan bahawa semua sekatan ruang udara komersial yang dikenakan sejak November 2025 telah ditarik balik.
Menegaskan bahawa beliau membincangkan perkara itu secara langsung dengan Trump, beliau berkata: "Semua syarikat penerbangan yang berhasrat untuk beroperasi di sini dialu-alukan untuk kembali."
Beliau berkata telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio sambil menekankan bahawa langkah penting sedang diambil antara kedua-dua negara.
"Kami sedang berbincang mengenai pemansuhan semua sekatan ke atas ruang udara komersial Venezuela. Kami mengalu-alukan semua syarikat penerbangan dan pelabur yang berkaitan untuk kembali ke negara ini," kata Rodriguez.
Trump sebelum itu membangkitkan perkara berkenaan semasa mesyuarat Kabinet pertama tahun ini di Rumah Putih dengan mengulas perkembangan terbaharu mengenai Venezuela.
Merujuk kepada Rodriguez, Trump berkata: "Saya baru sahaja bercakap dengan presiden Venezuela dan memaklumkan bahawa kami akan membuka semula sepenuhnya ruang udara komersial di Venezuela."
Trump menambah bahawa beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan AS dan pihak tentera untuk mengambil langkah perlu bagi membuka semula ruang udara Venezuela kepada penerbangan komersial secepat mungkin serta menyatakan rakyat Amerika sekali lagi boleh melakukan perjalanan ke Venezuela dan berada di sana dengan selamat.
Rodriguez memegang jawatan sebagai presiden interim pada 5 Jan selepas mengangkat sumpah di Perhimpunan Kebangsaan susulan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dalam serangan udara serentak AS ke atas negara itu, menurut pegawai Venezuela.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Venezuela
#Donald Trump
#ruang udara
#penerbangan komersial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan