awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video juruterbang mendaratkan pesawat ketika ribut tular

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2022
01:40 MYT
Video juruterbang mendaratkan pesawat ketika ribut tular
Rakaman video dari kokpit pesawat komersial syarikat Qatar Airways yang tular menunjukkan detik-detik cemas juruterbangnya mendaratkan kapal terbang itu. -Foto Sinar Harian
LONDON: Rakaman video dari kokpit pesawat komersial syarikat Qatar Airways yang tular menunjukkan detik-detik cemas juruterbangnya mendaratkan kapal terbang itu ketika ribut Eunice melanda Lapangan Terbang Heathrow, London baru-baru ini.
Pesawat itu dipandu oleh Kapten Khalifa Al Thani.
Rakaman video itu menunjukkan tangan kiri Khalifa memegang alat kawalan pendaratan yang sedang bergerak-gerak manakala tangan kanannya memegang tombol bagi mengimbangi badan pesawat tersebut semasa ia mendarat ketika angin kencang.
Khalifa memasang kamera di kokpit pesawat tersebut bagi merakamkan detik-detik beliau mengendalikan kapal terbang berkenaan ketika mendarat di lapangan terbang itu ketika angin kencang.
Bekas juara Formula Satu, Damon Hill yang menyaksikan pendaratan itu turut menyatakan rasa kagumnya ekoran kejayaan Khalifa berjaya mendaratkan kapal terbang tersebut ketika angin kencang.
Lebih 200,000 orang menyaksikan pendaratan kapal terbang penumpang itu menerusi saluran YouTube yang dikendalikan oleh seorang penerbit Big Jet TV, Jerry Dywer ketika beliau berdiri di dalam sebuah van di sebuah landasan terbang di lapangan terbang tersebut.
Juruterbang itu turut mengucapkan terima kasih kepada Big Jet TV kerana membuat liputan pendaratan tersebut menerusi saluran YouTube. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ribut Eunice
#Lapangan Terbang Heathrow
#Khalifa Al Thani
#pesawat mendarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan