awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video menyayat hati kanak-kanak 5 tahun trauma ditarik keluar dari runtuhan di Aleppo

Agensi
Agensi
29/09/2016
11:04 MYT
Video menyayat hati kanak-kanak 5 tahun trauma ditarik keluar dari runtuhan di Aleppo
Video berdurasi 57 saat itu turut mempamerkan kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan trauma, menjerit sejurus selepas diselamatkan sebelum dibawa masuk ke ambulan. - Gambar skrin layar Astro Awani
Anggota Keselamatan Syria berjaya menarik keluar seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari runtuhan di daerah al Shaar, Aleppo pada Rabu.
Dalam sebuah rakaman video amatur yang dimuat naik semalam, menunjukkan sekumpulan pekerja terpaksa mengeluarkan kanak-kanak itu selepas mengorek timbunan batu yang menghimpit kanak-kanak malang itu.
Video berdurasi 57 saat itu turut mempamerkan kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan trauma, menjerit sejurus selepas diselamatkan sebelum dibawa masuk ke ambulan.
“Kami (terpaksa) membuat satu bukaan, dan ternampak Ghazal (kanak-kanak) yang berusia lima tahun. Kami bersyukur kerana dapat menyelamatkannya,” menurut seorang anggota penyelamat dalam rakaman video itu.
Tentera Syria menawan sebuah daerah yang dikuasai pemberontak di tengah Aleppo pada Selasa beberapa hari selepas melancarkan serangan udara hingga mengorbankan puluhan penduduk dan mencetuskan dakwaan jenayah perang.
Namun, dalam serangan terdahulu selepas mengumumkan rancangan menawan semula bandar yang terpisah minggu lalu, tentera pro-kerajaan menguasai semula daerah Farafira di barat laut kubu bersejarah Aleppo, menurut sumber tentera kepada agensi berita AFP.
Kemaraan itu disusuli serangan udara Syria dan Rusia di kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak di Aleppo.
Topic Berkaitan
#Aleppo
#farafira
#ghazal
#Rusia
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan