awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virgin Group beri cuti bergaji setahun kepada pekerja baru bergelar bapa

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/06/2015
10:36 MYT
Virgin Group beri cuti bergaji setahun kepada pekerja baru bergelar bapa
BRANSON: Jika anda menjaga pekerja anda dengan baik, mereka akan menjaga perniagaan anda dengan baik juga.
ANTARA syarikat yang biasa dilabel sebagai 'mesra ibu bapa' ialah Facebook dan Google. Dan kini syarikat Virgin Group juga mengikuti jejak langkah untuk menjadikan syarikat berkenaan lebih bertimbang rasa dengan mereka yang bergelar ibu bapa.
Jika sebelum ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, nampaknya bapa juga kini diberi kelebihan yang sama.
Isnin lalu, pengasas Virgin, Sir Richard Branson dan Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Management, Josh Bayliss, mengumumkan polisi syarikat berkenaan untuk memberi cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru menimang cahaya mata.
"Ini mencerminkan ketelusan syarikat dalam mengambil kira hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerja kami," kata Bayliss.
Dalam polisi baru ini, pekerja yang berkhidmat dengan syarikat tersebut untuk tempoh kurang dua tahun akan menerima gaji sebanyak 25 peratus sepanjang tempoh bercuti, manakala mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun akan menerima gaji penuh.
Polisi ini turut membabitkan mereka yang mengambil anak angkat.
"Jika anda menjaga pekerja anda dengan baik, mereka akan menjaga perniagaan anda dengan baik juga.
"Saya juga seorang bapa dan seorang datuk, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa. Kerana itu, kami di Virgin sangat berbesar hati untuk menghadiahkan polisi ini supaya pekerja-pekerja kami dapat menikmati saat-saat indah sebagai ibu bapa," kata Branson.
Topic Berkaitan
#Richard Branson
#Virgin Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan