DUNIA
Von der Leyen terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen Eropah

Ursula von der Leyen menolak tuduhan kurang ketelusan dan mendakwa pihak lawannya tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah politik semasa. - Reuters
STRASBOURG: Usul undi tidak percaya terhadap Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen gagal memperoleh majoriti diperlukan dalam undian di Parlimen Eropah pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Cadangan itu ditolak dengan selesa, dengan hanya 175 ahli parlimen mengundi menyokong, 360 menentang dan 18 berkecuali.
Usul undi tidak percaya yang dimulakan oleh ahli parlimen sayap kanan Romania Gheorghe Piperea mendakwa suruhanjaya itu kurang ketelusan dan salah urus, terutamanya berkaitan dasar COVID-19.
Dalam ucapannya kepada ahli parlimen EU pada Isnin, von der Leyen menolak tuduhan berkenaan dan mendakwa pihak lawannya tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah politik serta menyemarakkan teori konspirasi.Untuk usul itu berjaya - yang akan memaksa von der Leyen dan pasukan 26 pesuruhjayanya meletak jawatan - majoriti berganda diperlukan iaitu dua pertiga undian dan majoriti daripada 720 kerusi parlimen.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami