awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak salmonella merebak ke tujuh negeri di Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
08/06/2025
13:06 MYT
Wabak salmonella merebak ke tujuh negeri di Amerika Syarikat
Menurut CDC, sebanyak 79 kes jangkitan salmonella disahkan di negeri Arizona, California, Illinois, Indiana, Nebraska, New Mexico, Nevada, Washington dan Wyoming. - AP
WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Amerika Syarikat melaporkan, wabak salmonella menjangkiti puluhan orang di tujuh negeri bahagian barat dan tengah negara itu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Wabak itu dikaitkan dengan telur perang organik dan telur perang daripada ayam tidak dikurung yang diedarkan antara Februari hingga Mei oleh Syarikat August Egg, yang kini menarik balik produk itu kerana kemungkinan pencemaran.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sebanyak 79 kes jangkitan salmonella disahkan di negeri Arizona, California, Illinois, Indiana, Nebraska, New Mexico, Nevada, Washington dan Wyoming. Seramai 21 individu dimasukkan ke hospital.
Gejala jangkitan salmonella termasuk cirit-birit, demam, muntah yang teruk, dehidrasi dan kekejangan perut. Walaupun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh seminggu, jangkitan boleh menjadi serius bagi kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah dan kadangkala memerlukan rawatan di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wabak
#salmonella
#Amerika Syarikat
#tujuh negeri AS
#CDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan