awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Wang tidak boleh beli maruah dan aspirasi kami' - Saeb Erekat

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2018
22:17 MYT
'Wang tidak boleh beli maruah dan aspirasi kami' - Saeb Erekat
Perunding kanan Palestin Saeb Erekat sifatkan ugutan Presiden Trump untuk sekat bantuan tidak akan ubah pendirian mereka untuk tidak lagi terlibat dalam rundingan damai Asia Barat - Foto Reuters
"Wang tidak boleh beli maruah dan aspirasi kami."
Walaupun diancam dan diugut berkali-kali, Palestin tetap dengan pendirian enggan lagi terlibat dalam rundingan damai, atas alasan ia diterajui Amerika Syarikat.
Perunding kanan Palestin, Saeb Erekat menegaskan rundingan damai itu tidak akan lagi diteruskan selagi Presiden Donald Trump mempertahankan keputusan iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
"Saya berpendapat wang tidak dapat membeli maruah dan aspirasi serta jangkaan masa depan kami. Kepada Palestin penubuhan sebuah negara merdeka tidak bermakna tanpa Baitulmaqdis sebagai ibu negara," tegas Erekat mengulas ancaman terbaru Presiden Donald Trump terhadap Palestin.
Menurut Erekat, konflik Palestin-Israel memerlukan penyelesaian dua negara, seperti yang diperjuangkan selama ini.
Presiden Donald Trump dalam satu sidang media di Forum Ekonomi Dunia (WEF) ugut menyekat bantuan kepada Palestin, sekiranya ia enggan lagi terlibat dalam rundingan damai dengan Israel.
BACA: Trump beri kata dua kepada Palestin
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#rundingan damai
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan