awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita 25 tahun lahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2021
03:22 MYT
Wanita 25 tahun lahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi
Seorang wanita warga Mali menarik perhatian ramai apabila dilapor melahirkan sembilan bayi kembar di sebuah hospital di Maghribi pada Selasa. -Gambar hiasan
BAMAKO: Seorang wanita warga Mali menarik perhatian ramai apabila dilapor melahirkan sembilan bayi kembar di sebuah hospital di Maghribi pada Selasa.
Menurut jurucakap kerajaan Mali, kesemua sembilan bayi itu dan ibunya Halima Cisse, 25, berada dalam keadaan sihat.
Halima pada mulanya dijangka melahirkan bayi kembar tujuh, namun beliau tetap gembira dengan pertambahan dua lagi anak itu.
Kes wanita melahirkan bayi kembar tujuh dengan selamat adalah amat jarang berlaku, apatah lagi jika kembar sembilan.
Kes yang sangat jarang berlaku ini walau bagaimanapun belum disahkan pihak berkuasa Maghribi.
Susulan itu, kerajaan Mali menghantar Halima yang berasal dari utara Afrika Barat ke Maghribi untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.
Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari dalam pada itu berkata beliau tidak tahu menahu tentang kelahiran bayi kembar sembilan di sebuah hospital di negara itu.
Tetapi, Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan menyebut bahawa Cisse telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui kaedah pembedahan.
"Ibu dan bayi sihat setakat ini. Mereka akan pulang dalam beberapa minggu lagi," kata Menteri Kesihatan Mali Fanta Siby kepada AFP.
Siby mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan Mali dan Maghribi atas sikap profesionalisme yang ditonjolkan sejak awal.
Topic Berkaitan
#kembar sembilan
#warga Mali
#Maghribi
#Halima Cisse
#Kementerian Kesihatan
#bayi kembar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan