NEW YORK: Seorang wanita di New York telah memfailkan saman terhadap bekas juara tinju, Mike Tyson yang didakwa merogolnya dalam sebuah kenderaan limousin pada awal tahun 1990-an.
Wanita yang identiti dirahsiakan memfailkan aduannya pada awal Januari lalu di di bawah undang-undang sementara negeri New York yang membenarkan mangsa serangan seksual mendapatkan ganti rugi sivil tanpa mengira statut pengehadan.
Tyson pernah menghabiskan hukuman penjara selama tiga tahun pada tahun 1992 selepas didapati bersalah merogol seorang model, Disiree Washington yang ketika itu berumur 18 tahun.
Dalam afidavit ringkas bertarikh 23 Disember 2022, plaintif menyatakan bahawa dia bertemu dengan Tyson di kelab malam pada awal 1990-an dan kemudian mengikut pemain tinju itu ke limousin di mana dia diserang sebelum dirogol.
"Kesan dirogol Tyson, saya menderita dan mengalami kecederaan fizikal, psikologi dan emosi," katanya.
Wanita itu menuntut ganti rugi AS$5 juta (RM21.35 juta).
Namun sehingga Selasa, Tyson tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awam.
Tyson yang dilahirkan di Brooklyn pernah menjadi juara tanpa dikalahkan pada tahun 1980-an dan menjadi petinju paling digeruni pihak lawan.
Bagaimanapun, selepas dihukum penjara, Tyson gagal mengekalkan kejuaraannya itu.
Dalam perlawanan paling diingati dalam sejarah tinju pada tahun 1996, Tyson menggigit telinga lawannya Evander Holyfield. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023

Tyson pernah menghabiskan hukuman penjara selama tiga tahun pada tahun 1992 selepas didapati bersalah merogol seorang model, Disiree Washington yang ketika itu berumur 18 tahun. - Fail AP

Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima
Kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Wanita dakwa dirogol Mike Tyson dalam limousin
Seorang wanita di New York telah memfailkan saman terhadap bekas juara tinju, Mike Tyson yang didakwa merogolnya dalam sebuah kenderaan limousin pada awal tahun 1990-an.

"Sepanjang hidup, saya teringin ke Mekah" - DJ Khaled dan Mike Tyson tunai umrah
Legenda sukan tinju, Mike Tyson bersama selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled kini berada di Mekah untuk menunaikan Umrah.

Mike Tyson dakwa drama TV curi kisah hidupnya
Drama itu menggambarkan Tyson dibuli ketika kecil dan sering dimasukkan ke dalam penjara ketika usia remaja.

'Duit banyak pun tak selamat' - Mike Tyson ramal ajalnya semakin hampir
Pendedahan itu dibuat melalui podcast miliknya, Hotboxin' with Mike Tyson.

Mike Tyson belasah 'peminat' dalam pesawat selepas diganggu
Rakaman video menunjukkan bekas petinju profesional itu dilihat menurunkan tempat duduknya lalu menumbuk lelaki itu bertubi-tubi.

Isu gigit telinga, Holyfield sudah pun memaafkan Tyson sejak 11 tahun lalu
Peristiwa itu masih lagi segar di dalam ingatan orang ramai meskipun ia setelah sekian lama berlalu.

Holyfield ikut jejak langkah Tyson, bakal kembali ke gelanggang
Holyfield tidak beraksi sejak Mei 2011, apabila dia menumbangkan Brian Nielsen dalam perlawanan profesionalnya yang ke-57.

Enam selebriti antarabangsa yang turut berpuasa
Nama-nama dalam senarai ini adalah antara selebriti luar negara yang sama-sama menjalani ibadah puasa, seiringan umat Islam sedunia.