awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan cuba ceroboh Istana Presiden Indonesia

Agensi
Agensi
25/10/2022
05:00 MYT
Wanita ditahan cuba ceroboh Istana Presiden Indonesia
Polis Indonesia menahan seorang wanita yang cuba menceroboh Istana Kepresidenan, di Jakarta, sekitar pukul 7 pagi ini.
JAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang wanita yang cuba menceroboh Istana Kepresidenan, di sini, sekitar pukul 7 pagi ini.
Wanita yang belum disahkan identitinya itu dilaporkan turut membawa senjata api dan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
Menurut jurucakap polis Metro Jaya, Endra Zulpan, kejadian itu berlaku ketika anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di hadapan istana berkenaan.
“Tiba-tiba ada seorang wanita yang sedang berjalan kaki dari Harmoni menuju Jalan Merdeka Utara atau tepatnya di pintu masuk istana dan menghampiri pengawal istana.
“Anggota yang bertugas pantas menangkap wanita itu dan merampas senjata yang dibawanya,” kata Ednra seperti dilaporkan portal media tempatan.
Suspek dilaporkan turut membawa bersama beg berisi kitab suci, dompet dan sebuah telefon bimbit serta senjata api.
Kesemua barangan itu telah dirampas oleh polis.
Dalam perkembangan sama, Endra berkata, ketika ini, suasana di kawasan Istana Kepresidenan aman dan kembali normal seperti biasa.
Topic Berkaitan
#Istana Presiden Indonesia
#istana kepresidenan
#Presiden Jokowi
#wanita ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan