PAJU: Seorang wanita berusia lingkungan 60-an ditemui mati di dalam ruang penyimpanan sejuk beku sebuah kafe, di sini, sekali gus membawa kepada penahanan pengendali premis berkenaan oleh pihak polis.
Menurut Balai Polis Paju pada Isnin, laporan kehilangan mangsa dibuat oleh ahli keluarganya di Seoul pada awal pagi 4 Sept.
Hasil usaha mengesan lokasi mangsa, polis menemui mayat wanita itu kira-kira 14 jam kemudian di dalam ruang penyimpanan sejuk beku sebuah kafe di Munsan-eup, Paju.
Susulan penemuan itu, polis mengenal pasti pengendali kafe berkenaan sebagai suspek sebelum menahannya di Seoul pada hari yang sama.
Pihak berkuasa kemudian memohon waran tangkapan pada 5 Sept atas tuduhan membunuh, sebelum permohonan itu diluluskan mahkamah pada Ahad.
Polis percaya suspek telah mengurung mangsa di dalam ruang penyimpanan sejuk beku berkenaan sehingga menyebabkan kematiannya.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua individu, motif kejadian serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian mangsa.