Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.
"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.
Lelaki itu berusia 30 tahun.
Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.
Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.
Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.
Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.
"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.
Kecaman dan bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.
Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.
Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.
Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.
Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi.
Sementara itu, laporan perubatan mengesahkan wanita itu dirogol.
Amandeep Singh berkata seorang lelaki iaitu tertuduh dalam kes itu, Puneet Jain, sudah ditahan.
"Sepucuk pistol turut dijumpai dalam kereta Puneet Jain," katanya.
Beliau berkata berdasarkan keterangan mangsa, ketika kejadian, wanita itu dalam keadaan tidak sedar, dan dia turut diugut tertuduh dengan sepucuk pistol.
Timbalan Pesuruhjaya Polis itu juga berkata mangsa diberi perlindungan penuh daripada pihak polis dan menerima rawatan dalam tempoh empat jam selepas kejadian.
"Dia juga diberikan khidmat kaunselor mengikut keperluan dan sebaik sahaja siasatan selesai, dia akan dihantar pulang ke negara asal dengan selamat," katanya.
Bernama
Sat Jun 07 2014
Wanita itu mendakwa dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Israel dijangka lancar operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR
Jismi berkata, RUU yang diluluskan bagi mengharamkan UNRWA adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kezaliman.
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Tumpuan Jumaat – 1 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (31 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Media sosial barat banyak dusta daripada benar
Banyak rangkaian media sosial hari ini memanipulasi kebenaran dengan mengangkat Barat sebagai penyelamat dunia.
Duta BRICS bagi Jordan dan Timur Tengah, Nasser Abu Nassar berkata, ini satu ancaman kerana segala penyebaran dimainkan mereka mempengaruhi corak pemikiran masyarakat dunia.
Duta BRICS bagi Jordan dan Timur Tengah, Nasser Abu Nassar berkata, ini satu ancaman kerana segala penyebaran dimainkan mereka mempengaruhi corak pemikiran masyarakat dunia.
PETRONAS jelas status perbincangan DGO dengan PETROS
PETRONAS berhasrat menjelaskan bahawa syarikat itu masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Wanita Malaysia dirogol di India: Polis ada bukti kukuh untuk dakwa tertuduh
Polis telah menjumpai kesan air mani dalam kereta yang mangsa mendakwa dia dirogol.
Wanita Malaysia dirogol di Jaipur
Seorang wanita yang berkunjung ke Jaipur, India, didakwa dirogol oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.