awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami

Saraya Mia
Saraya Mia
07/06/2019
13:15 MYT
Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol di Stadium Busch di St. Louis, Missouri. - Gambar hiasan
RAKAMAN melalui telefon bimbit insiden pertengkaran sepasang suami isteri menjadi bukti kematian seorang wanita yang jatuh dari tingkat tujuh sebuah lot parkir kereta berhadapan stadium besbol di Amerika Syarikat pada Ahad lalu (1 Jun).
Allisa L. Martin, 27 tahun, merakam pergaduhan antaranya dan suami, Bradley S. Jenkins, 30 tahun, yang bertukar menjadi ganas apabila kedengaran suara mangsa meminta suaminya berhenti menumbuknya di muka.
Telefon bimbit milik mangsa itu kemudiannya jatuh dari tangannya, dan tidak lama selepas itu terdengar bunyi tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh dari lot parkir tersebut.
Polis menemui mayat Allisa di sisi suaminya yang tangannya bergelumang darah dipercayai sedang mabuk, beberapa jam selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 1.45 awal pagi Ahad.
Bradley bagaimanapun menafikan berada di tempat kejadian dan turut memberitahu pihak penyiasat yang tidak berlaku keganasan fizikal antara mereka, menurut Polis Detektif Metropolitan St. Louis, Mark West.
Namun, bukti rakaman video itu menyebabkan Bradley pada Selasa (4 Jun) ditangkap kerana melakukan serangan domestik dan dikenakan jaminan ASD100,000 (RM415,850), sambil menunggu keputusan autopsi.
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol, antara Cardinals dan Cubs, di Stadium Busch di St. Louis, Missouri.
Mereka berdua bekerja di Taylorville Correctional Center, sebuah penjara yang dihuni 1,000 tahanan.
Bradley merupakan seorang leftenan manakala Allisa seorang pegawai pemeteraian.
Bradley pernah melanggar undang-undang sebelum ini dan diberi tempoh percubaan selama 18 bulan bagi kesalahan pertama pada 2012 dan tempoh percubaan selama 24 bulan serta dipenjara dua hari bagi kesalahan kedua pada 2017.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#besbol
#kematian
#Pembunuhan
#perkahwinan
#rakaman
#St Louis
#suami isteri
#Telefon bimbit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan