awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita pertama dilantik sebagai anggota penuh Jawatankuasa Fatwa MUIS

Agensi
Agensi
27/09/2019
07:02 MYT
Wanita pertama dilantik sebagai anggota penuh Jawatankuasa Fatwa MUIS
Dr Rohana mendapat pendidikan di St Francis Girls 'School hingga di peringkat A level sebelum melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar di Kaherah dan Universiti Islam Negeri Jakarta. - Foto Agensi
Buat pertama kalinya seorang wanita dilantik sebagai anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
MUIS dalam satu kenyataan berkata, Dr Rohana Ithnin, 56, dilantik untuk tempoh tiga tahun oleh Presiden Halimah Yacob.
Presiden Halimah melalui Facebooknya memberitahu pelantikan Ustazah Rohana sebagai satu langkah 'progresif dan inklusif'.
Tambahnya, Jawatankuasa Fatwa mempunyai peranan penting membimbing Muslim Singapura untuk menunaikan tanggungjawab keagamaan mereka sesuai dengan keadaannya.
"Menerusi fatwa-fatwa yang dikeluarkan, ia membantu membentuk nilai masyarakat setempat," katanya.
Halimah dalam tulisannya juga memberitahu, Dr Rohana berpengalaman sebagai seorang pendidik dan pemimpin masyarakat selain pernah mengajar di tiga madrasah setempat.
Sementara itu, Dr Rohana sudah berkhidmat sebagai anggota bersekutu dengan jawatankuasa berkenaan sejak tiga tahun lalu dan menjadi sebahagian daripada anggota Majlis Tertinggi Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).
Sebelum ini, Dr Rohana mendapat pendidikan di St Francis Girls 'School hingga di peringkat A level sebelum melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar di Kaherah dan Universiti Islam Negeri Jakarta.
Dr Rohana yang baru saja menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Islam di Universiti Ibn Khaldun di Indonesia.
Jawatankuasa Fatwa dipengerusikan oleh Mufti Fatris Bakaram dan jawatankuasa baharu itu mempunyai empat anggota penuh, 21 ahli bersekutu dan akan berkhidmat dari 2019 hingga 2022. - Agensi
Topic Berkaitan
#Dr Rohana Ithnin
#fatwa
#Indonesia
#Islam
#Jakarta
#Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura
#majlis tertinggi
#pendidikan
#presiden
#Singapura
#Ustazah Rohana
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan