awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita putus tangan diserang singa di zoo Australia

Bernama
Bernama
06/07/2025
11:10 MYT
Wanita putus tangan diserang singa di zoo Australia
Zoo itu juga memaklumkan bahawa haiwan berkenaan tidak akan ditidurkan atau dihukum dalam apa-apa cara. - Gambar hiasan
SYDNEY: Seorang wanita telah diterbangkan ke hospital selepas digigit seekor singa di sebuah zoo di negeri Queensland, Australia, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia lingkungan 50-an cedera parah selepas digigit singa di Zoo Darling Downs, Queensland, dan telah diterbangkan ke hospital dalam keadaan stabil.
  • Wanita tersebut merupakan kakitangan zoo dan diserang ketika memerhati penjaga zoo bekerja di kawasan karnivor; laporan menyebut beliau kehilangan lengan akibat serangan.
  • Haiwan tidak keluar dari kandang dan tidak akan dihukum, sementara siasatan sedang dijalankan oleh polis dan pegawai keselamatan pekerjaan dengan kerjasama pihak zoo.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Zoo Darling Downs, 110 kilometer ke barat daya Brisbane, sekitar 8.30 pagi Ahad susulan laporan seorang wanita berusia lingkungan 50-an diserang seekor haiwan.
Wanita berkenaan, yang merupakan kakitangan zoo, mengalami kecederaan serius pada lengan dan telah diterbangkan ke hospital di Brisbane dalam keadaan stabil.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan haiwan yang terlibat dalam kejadian itu ialah seekor singa dan wanita tersebut kehilangan lengan.
Zoo berkenaan dalam satu kenyataan di media sosial pada petang Ahad memaklumkan wanita itu sedang memerhati penjaga zoo bekerja di kawasan karnivor apabila haiwan tersebut menggigit lengannya.
Menurut zoo itu, haiwan berkenaan tidak pernah keluar dari kandangnya dan tiada risiko terhadap orang awam.
Zoo itu juga memaklumkan bahawa haiwan berkenaan tidak akan ditidurkan atau dihukum dalam apa-apa cara.
"Polis dan pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan sedang menyiasat insiden ini dan telah berada di lokasi sepanjang pagi. Zoo sedang bekerjasama dengan mereka untuk mengenal pasti bagaimana kejadian ini berlaku," menurut kenyataan itu.
Zoo Darling Downs, yang menyambut ulang tahun ke-20 pada Jun, menempatkan harimau, harimau bintang dan singa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan harimau
#Darling Downs Zoo
#Australia
#kakitangan zoo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan