awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita tidak bayar tambang teksi, beri nombor telefon salah

Syafique Shuib
Syafique Shuib
19/08/2015
00:59 MYT
Wanita tidak bayar tambang teksi, beri nombor telefon salah
Anak seorang pemandu teksi di Singapura dakwa wanita yang memakai baju merah (gambar) tidak membayar tambang berjumlah RM56 baru-baru ini. - Gambar: Facebook/John Lim
GAMBAR seorang wanita kini menjadi viral di media sosial Singapura setelah didakwa tidak membayar tambang teksi.
Anak kepada pemandu teksi itu berkongsi pengalaman itu di Facebook.
John Lim berkata seorang penumpang yang menunggu di stesen MRT Yishun mahu ke pusat membeli-belah Junction 8 di kawasan Bishan.
Ketika sampai di destinasi, tambang yang dikenakan adalah $19.22 (RM56).
Namun wanita berkenaan berkata beliau tiada wang tunai dan akan membayar pemandu teksi melalui pemindahan bank.
John berkata wanita berkenaan hanya memberikan nombor telefonnya.
"Oleh kerana ayah saya tidak pernah hadapi kejadian seperti ini, beliau tidak minta nombor kad pengenalan. Setelah pergi, beliau turut sedar tidak memberikan nama bank juga.
"Ketika di rumah, beliau suruh saya hubungi nombor yang diberikan oleh wanita berkenaan. Apabila saya hubungi nombor itu, seorang lelaki yang angkat dan berkata beliau tidak menaiki teksi langsung," kata John di Facebook.
Beliau turut meluahkan kekesalan kerana wanita itu sanggup mengambil kesempatan terhadap seorang pemandu teksi yang berusia 73 tahun.
"Walaupun jumlah itu kecil namun perangai sebegitu tidak boleh diterima," luah John.
Kenyataan John di Facebook menerima 6,434 shares setakat ini, dengan jumlah likers hampir 1,700.
Netizen kebanyakannya menasihatkan agar bapa John membuat laporan polis dan memintanya agar lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan kata-kata penumpang.
John turut memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau telah melaporkan kes ini kepada pihak polis.
Topic Berkaitan
#Facebook
#media sosial
#Singapura
#tambang teksi
#teksi
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan