awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dicekup letak 'cicak' dalam makanan

Agensi
Agensi
24/07/2019
21:01 MYT
Warga emas dicekup letak 'cicak' dalam makanan
Sundar Pal,70, dengan sengaja mencemarkan makanan yang dibelinya di stesen kereta api.
Seorang warga emas di India dicekup kerana dengan sengaja mencemarkan makanan yang dibelinya di gerai makanan stesen kereta api.
Sundar Pal, 70, ditahan di Stesen Kereta Api Guntakal selepas mengaku dengan sengaja meletakkan 'cicak' ke dalam makanannya.
Menurut kenyataan South Central Railways, Pal mengadu menjumpai 'cicak' dalam nasi biryani yang dibelinya dari gerai makanan di stesen kereta api terbabit.
Dia mendakwa jatuh sakit selepas memakan nasi biryani tersebut dan dimasukkan ke hospital.
Namun, seorang pengurus kanan bahagian komersil berasa curiga kerana terdapat persamaan antara kes Pal dengan satu laporan kes seumpama itu di sebuah stesen kereta api di Jabalpur.
Apabila pihak stesen Guntakal menghubungi Jabalpur, mereka menghantar gambar seorang lelaki yang mendakwa menjumpai 'cicak' dalam samosa, ternyata gambar itu adalah gambar Pal.
Gambar warga emas tersebut muncul sekali lagi di Pune di mana dia mendakwa menemukan bilah pisau kecil dalam idli yang dibeli di Stesen Kereta Api Miraj.
Dalam dua kes berkenaan, Pal dikatakan mengugut pemilik kedai untuk mendapatkan wang.
Ketika disoal pihak berkuasa, Pal mengaku meletakkan sejenis ikan dan bukannya cicak ke dalam makanannya.
Warga emas itu turut mendakwa menghidap kanser dan merayu agar dilepaskan.
Tidak dapat dipastikan sekiranya Pal benar-benar menghidap kanser namun dia dilepaskan setelah diberi amaran untuk tidak mengulangi perbuatannya itu yang boleh mencemarkan nama baik stesen kereta api.
Topic Berkaitan
#cicak
#gerai makanan
#nasi biryani
#Stesen Kereta Api Guntakal
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan