awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut selepas kereta dipandu rempuh sofa tengah jalan

Agensi
Agensi
28/09/2022
05:43 MYT
Warga emas maut selepas kereta dipandu rempuh sofa tengah jalan
Anak lelakinya Brad McKenzie menuntut jawapan dari pihak berkuasa tentang keberadaan sofa di atas jalan raya yang jelas membahayakan pengguna jalan raya. - Gambar/Unsplash
VICTORIA: Seorang warga emas Australia disahkan maut beberapa minggu selepas insidenkenderaan dipandunya merempuh sebuah sofa yang dipercayai telah dibuang di tengah jalan.
Memetik laporan 9News, Vicki McKenzie, 74, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Afred dilaporkan memandu di daerah Creamery Road, Bell Post Hill ke barat daya Melbourne ketika kejadian berlaku awal September lalu.
Mangsa yang menjalani rawatan di hospital disahkan meninggal dunia pada Selasa selepas lebih dua minggu dirawat.
Difahamkan ketika kejadian, McKenzie yang dalam perjalanan pulang telah merempuh sofa terbiar itu, menyebabkan keretanya terbabas dan merempuh sebuah kereta di arah bertentangan.
Sementara itu, anak lelakinya Brad McKenzie menuntut jawapan dari pihak berkuasa tentang keberadaan sofa di atas jalan raya yang jelas membahayakan pengguna jalan raya.
“Ibu saya berada dalam keadaan kritikal dan dia juga kehilangan kakinya sebelum disahkan meninggal dunia. Kami perlukan penjelasan lanjut mengenai sofa yang menjadi penyebab kejadian tragis ini,” katanya.
Jurucakap polis, Konstabel Kanan Paul Stokes memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan dan pihaknya yakin sofa itu telah diletakkan di atas jalan raya sebelum kemalangan berlaku.
Topic Berkaitan
#warga emas
#Victoria
#Hospital Afred
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan