Keriangan beberapa warga Malaysia yang sedang menyertai percutian di Cappadocia bertukar menjadi peristiwa ngeri apabila mereka cedera dalam insiden belon panas di tengah Turki hari ini.
Dalam kejadian malang yang melibatkan 10 mangsa itu, seorang warga China maut.
Insiden di destinasi pelancongan tapak warisan dunia UNESCO itu berlaku di kawasan formasi batuan di Lembah Gubercinlik di wilayah Nevsehir, lapor agensi berita Dogan.
Mangsa rakyat Malaysia itu kini sedang menerima rawatan di hospital kerana kecederaan serius. Anggota keselamatan dan pihak ambulans juga telah bergegas ke tempat kejadian.
Pelancong China yang dikenal pasti sebagai Tang Yi itu meninggal dunia di tempat kejadian sementara yang lain dipercayai warga China dan Malaysia, dikejarkan ke hospital kerana patah tulang.
Sehingga kini, siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian.
Tarikan menaiki belon panas merupakan aktiviti popular sejak kebelakangan ini di Turki walaupun isu tentang standard keselamatan pernah dibangkitkan sebelum ini.
Beberapa buah syarikat pengendali pelancongan menawarkan aktiviti menaiki belon panas di Cappadocia. Destinasi tersebut merupakan tarikan pelancongan utama kerana pemandangan formasi batuan berbentuk tirus, bandar-bandar bawah tanah dan gereja-gereja usang.
Pada Mei 2013, tiga pelancong Brazil yang melawat Turki maut apabila dua belon panas berlanggar di ruang udara Cappadocia.
Astro Awani
Wed Dec 17 2014
Dalam kejadian malang yang melibatkan 10 mangsa itu, seorang warga China maut. - Foto fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kemalangan udara: Lima maut belon udara panas terhempas
Gondola terlepas dari belon panas dan jatuh sekitar 100 kaki, lalu terhempas di tengah jalan kota yang sibuk sebelum terbakar.
Belon panas terhempas di Texas, penumpang dikhuatiri maut
Sejumlah 16 orang dikhuatiri terkorban selepas belon udara panas terbakar dan terhempas di Texas pada Sabtu, lapor media Amerika Syarikat.
Warga Malaysia cedera, insiden belon panas di Cappadocia
Seorang warga China maut dalam insiden di kawasan formasi batuan di Lembah Gubercinlik di wilayah Nevsehir.
19 terbunuh dalam nahas belon di Mesir
Sekurang-kurangnya 19 maut dalam nahas belon panas di Al-Uqsur, Mesir.