awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan diraba, dicium ketika buat liputan langsung

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
07/02/2016
10:40 MYT
Wartawan diraba, dicium ketika buat liputan langsung
Sekalipun diganggu secara seksual, Labye terus tabah bertugas sehingga liputannya selesai - Foto Youtube/ViralTV
Seorang wartawan wanita yang sedang membuat liputan langsung perayaan Carnival di sini telah diraba dan dicium oleh tiga orang lelaki, lapor CNN.
Ketika wartawan itu, Esmeralda Labye, membuat liputan bagi saluran berita Belgium, RTBF, seorang lelaki dilihat muncul di belakangnya sambil membuat isyarat lucah manakala seorang lelaki lagi didakwa mencium lehernya.
Oleh kerana kehadiran polis yang ramai untuk mengawal perayaan yang dihadiri puluhan ribu pengunjung, Labye pada mulanya tidak menjangkakan keadaan akan berada di luar kawalan.
Namun jangkaannya meleset.
“Sebaik sahaja saya ingin menamatkan liputan, salah seorang daripada tiga lelaki itu menyentuh payudara saya.
"Ketika itu saya mula hilang sabar. Saya berpusing menghadap mereka dan memberitahu dalam bahasa Inggeris: Saya takkan benarkan perkara ini berlaku sekali lagi! Jangan sentuh saya. Jangan sentuh saya!”
Menurut kenyataan rasmi RTBF, pejabat datuk bandar Cologne telah mengeluarkan permohonan maaf kepada stesen berkenaan di samping memberi sokongan kepada wartawan berkenaan dan menawarkan polis pengiring sekiranya diperlukan selepas ini.
Pihak polis turut mengesahkan tiga suspek berkenaan sedang diburu.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#Wartawan diraba buat liputan Carnival di Cologne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan