NEW YORK: Tiga wartawan wanita terkemuka Iran yang kini dipenjara di negara itu, dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2023, lapor Agensi Berita dpa.
Niloofar Hamedi, Elaheh Mohammadi dan Narges Mohammadi menerima anugerah pada Selasa, tanpa hadir.
"Kami komited untuk menghormati tindakan berani wartawan wanita Iran yang laporannya membawa kepada revolusi sejarah yang dipimpin oleh wanita.
"Mereka membayar harga yang tinggi atas komitmen mereka untuk melaporkan dan menyampaikan kebenaran. Dan untuk itu, kami komited untuk menghormati mereka dan memastikan suara mereka akan terus bergema di seluruh dunia sehingga mereka selamat dan bebas," kata ketua juri Zainab Salbi. .
Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Narges seorang aktivis hak asasi manusia terkenal di Iran yang menulis untuk pelbagai organisasi media, kini menjalani hukuman penjara 16 tahun di penjara Evin di Tehran.
Elaheh dan Niloofar menjadi terkenal di peringkat antarabangsa hasil laporan mengenai kematian wanita Iran-Kurdish, Mahsa Amini, semasa dalam tahanan polis kerana didakwa melanggar kod pakaian. Kematiannya pada September mencetuskan protes paling buruk di negara ini dalam tempoh beberapa dekad.
Hamedi ditahan sejurus selepas menulis mengenai kematian Mahsa manakala Elaheh ditahan selepas melapor berita mengenai pengebumian wanita Kurdish itu.
Kedua-duanya ditahan di penjara Evin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Niloofar Hamedi, Elaheh Mohammadi dan Narges Mohammadi menerima anugerah pada Selasa, tanpa hadir. - Gambar/ UNESCO

'Nak dapat skrip mencabar lakonan agak susah' - Pekin Ibrahim
Pekin mengakui dia jatuh cinta dengan skrip yang diberikan oleh pengarah Jason Chong, lantas bersetuju untuk menjayakan watak sebagai Cikgu Azman.

Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'
Lebih 50 pelajar Universiti Malaya berpiket menggesa universiti itu memansuhkan 'zero balance policy'.

Pelan Dasar OKU berkaitan 15 bidang sedang giat dilaksanakan - KPWKM
Datuk Seri Nancy Shukri berkata antaranya ia berkaitan advokasi, kesihatan, pemulihan, aksesibiliti, pendidikan, pekerjaan, dan penyelidikan.

KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras
KPDN meningkatkan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras.

Belum ada perbincangan tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor - Teo
Belum ada perbincangan tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri, kata Naib Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.

Pulau Pinang sokong SFZ bagi wilayah utara, tunggu maklumat lanjut - Chow
Kerajaan Pulau Pinang menyokong sebarang insiatif ekonomi yang bermanfaat termasuk pembentukan zon kewangan khas (SFZ) bagi wilayah utara.

Lebih ramai bukan Bumiputera diseru sertai ATM
Lebih ramai rakyat bukan bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas
Beliau berkata, KPDN perlu segera mengadakan program jualan Rahmah atau menghantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.

PM Anwar Islamkan saudara baharu di New York
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang pemuda selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York Amerika Syarikat.

Tiada kes baharu penyakit Nipah dikesan sejak wabak berakhir 1999 - Dr Zaliha
Tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit itu dikesan di Malaysia pada 27 Mei 1999,

Wartawan sedang dipenjara di Iran dinobatkan penerima Hadiah Kebebasan Akhbar UNESCO
Tiga wartawan wanita terkemuka Iran yang kini dipenjara di negara itu, dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2023, lapor Agensi Berita dpa.

Angka kematian wartawan melonjak kepada 50 peratus pada 2022, kebanyakannya di Ukraine, Mexico, Haiti
Di Ukraine, 15 anggota media terbunuh, 13 di Mexico dan tujuh di Haiti.

Belasungkawa: Wong Sai Wan pejuang kebebasan akhbar - Hussamuddin
Kami sama-sama pejuang kebebasan akhbar. Sekali perkara itu benar, kita akan laporkan 'without fear and favour'.

'Saya mahu suami saya pulang'
Chit Su Win menitiskan air mata ketika meminta penerima Hadiah Nobel Keamanan itu membebaskan suaminya dan bapa kepada anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.