awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
17/01/2022
15:10 MYT
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Jinping turut menyeru agar pengagihan vaksin COVID-19 diberikan secara sama rata, selain menggesa pemberian suntikan vaksinasi dipercepatkan di peringkat global. - Reuters
KUALA LUMPUR : Satu-satunya cara untuk mengatasi pandemik COVID-19 adalah dengan memperkukuhkan kerjasama antara negara, kata Presiden China, Xi Jinping.
Pandangan itu disuarakan Jinping dalam ucapan khasnya bersempena Agenda Davos, Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022, hari ini.
Beliau antara lain turut menyeru agar pengagihan vaksin COVID-19 diberikan secara sama rata, selain menggesa pemberian suntikan vaksinasi dipercepatkan di peringkat global.
"Kita perlu memupuk peluang baharu di tengah-tengah krisis ini. Buka ruang baharu dalam landskap berubah-ubah ini dan tarik diri kita untuk mengharungi kesukaran dan cabaran.
"Pertama sekali, kita perlu menyemai kerjasama dalam membanteras wabak ini. Berdepan dengan pandemik yang akan memberi kesan kepada masa depan manusia," katanya.
Ujarnya, kerjasama antara negara akan membuka ruang untuk melakukan lebih banyak kajian saintifik, pembangunan ubat-ubatan dan membina mekanisme pertahanan dalam menentang COVID-19, selain membentuk komuniti kesihatan antarabangsa.
"Dunia sekarang sedang mengalami perubahan besar dalam masa satu abad. Perubahan ini tidak terhad kepada waktu, peristiwa, negara atau wilayah tertentu.
"Bagaimana untuk membanteras wabak? Dan bagaimana untuk membina dunia pasca-COVID-19. Ini adalah isu-isu utama yang menjadi perhatian masyarakat dunia.
"Terdapat juga soalan penting yang penting yang mesti kita jawab. Bak kata pepatah Cina, momentum dunia sama ada berkembang atau merosot.
"Keadaan dunia sama ada maju atau mundur, dunia sentiasa berkembang melalui gerakan percanggahan. Tanpa percanggahan. Tiada apa-apa akan wujud," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Forum Ekonomi Dunia 2022
#Davos
#Pandemik COVID-19
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan