awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WGS 2024: Shah Rukh Khan mahu bawa inovasi teknologi dalam industri filem India

Bernama
Bernama
14/02/2024
15:11 MYT
WGS 2024: Shah Rukh Khan mahu bawa inovasi teknologi dalam industri filem India
Shah Rukh Khan mengulangi semula komitmen untuk memajukan teknologi dalam industri filem India. - Gambar fail
DUBAI: Bintang Bollywood Shah Rukh Khan menyuarakan komitmennya untuk memajukan inovasi teknologi dalam industri filem India selain menggalakkan harapan melalui penceritaan dalam filem.
Berucap di World Governments Summit (WGS) 2024 di sini pada Rabu, beliau mengulangi semula komitmen untuk memajukan teknologi dalam industri filem India, sejajar dengan matlamat ''tematik" beliau.
"Seiring dengan peredaran masa, saya percaya inti pati karya saya semakin bermotivasi ke arah membawa teknologi baharu ke dalam industri perfileman India," katanya sambil menekankan peranan penting inovasi dalam membentuk landskap masa depan filem.
Pelakon dan penerbit filem India itu berkata walaupun mendalami naratif kesedihan dan tragedi dalam beberapa usahanya yang lepas, objektif utamanya tetap untuk menyuntik rasa optimisme dan peningkatan yang berterusan ke dalam penciptaan karya sinematik.
"....... tetapi di satu tempat di sepanjang perjalanan, saya hanya berharap saya dapat memberi inspirasi kepada harapan melalui filem saya," katanya.
Dalam sesi yang dikendalikan oleh Richard Quest, penyampai berita untuk CNN International, Khan juga mengimbau perjalanannya dari permulaan yang sederhana hingga ke kemasyhuran ikonik.
"Saya mahu menamatkan kerjaya saya (yang jauh daripada berakhir sekarang) dengan menghasilkan filem-filem yang digemari oleh seluruh dunia. Saya juga mahu filem-filem saya ditayangkan dalam bahasa Arab supaya lebih ramai yang dapat memahaminya," kata pelakon filem 'Kuch Kuch Hota Hai' itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WGS 2024
#Shah Rukh Khan
#filem India
#inovasi teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan