DUNIA
WHO beri amaran kelaparan berterusan di Gaza, desak Israel hentikan malapetaka

Tedros tegaskan penggunaan kelaparan sebagai senjata perang adalah jenayah perang. - Foto Reuters
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Jumaat memberi amaran mengenai kebuluran berterusan di Semenanjung Gaza, sambil menggesa Israel menghentikan malapetaka itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Ringkasan AI
- Ketua WHO beri amaran kebuluran berterusan di Gaza, sekurang-kurangnya 370 maut akibat kelaparan sejak pencerobohan Israel pada Okt 2023.
- PBB isytihar kebuluran di beberapa kawasan Gaza pada 22 Ogos, namun Israel terus menafikan; bantuan makanan masih tersekat di sempadan.
- Tedros tegaskan penggunaan kelaparan sebagai senjata perang adalah jenayah perang, dan amaran bahawa keadaan ini boleh jadi norma dalam konflik masa depan.
Ketua WHO itu mengingatkan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara rasmi mengisytiharkan keadaan kebuluran di beberapa kawasan Gaza pada 22 Ogos, meskipun Israel terus menafikan kewujudan kebuluran di wilayah tersebut.
Beliau menegaskan bahawa penduduk Gaza sedang mati kelaparan sedangkan makanan yang mampu menyelamatkan nyawa masih tersangkut dalam trak berhampiran dan tidak dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Tedros turut menekankan bahawa penggunaan kelaparan terhadap orang awam sebagai kaedah peperangan merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa, sambil memberi amaran bahawa keadaan berterusan di Gaza berisiko menormalkan amalan sedemikian dalam konflik masa hadapan.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami