awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO puji janji-janji penubuhan vaksin COVID-19

Agensi
Agensi
03/12/2020
22:00 MYT
WHO puji janji-janji penubuhan vaksin COVID-19
WHO melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang -luar biasa-. -Gambar fail
GENEVA:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik, kata pengarah WHO bahagian Eropah, Hans Kluge.
Namun begitu, Kluge berpendapat bahawa bekalan awal vaksin adalah sangat terhad dan negara-negara harus memikirkan golongan mana yang akan diutamakan dalam pengedaran vaksin kelak.
WHO sebelum ini berkata terdapat persetujuan untuk menyuntik vaksin COVID-19 kepada golongan warga emas, kakitangan kesihatan dan golongan yang menghidap beberapa jenis penyakit.
Sebelum ini, Britain telah meluluskan vaksin Pfizer Inc dan BioNTech bagi kegunaan kecemasan, menjadikan negara itu yang pertama untuk memulakan proses suntikan terbesar dalam sejarah, pada Rabu.
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah masih sedang mempertimbangkan kelulusan vaksin buatan AS-Jerman dan meneliti data bagi ujian klinikal vaksin tersebut.
Tambah WHO, data diperoleh dalam ujian klinikal vaksin Pfizer itu sedang diperincikan untuk kemungkinan kegunaan kecemasan, menjadikan satu titik panduan oleh negara-negara dunia untuk meluluskan kegunaan vaksin bagi rakyatnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Kesatuan Eropah
#warga emas
#vaksin
#Hans Kluge
#Pfizer
#BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan