awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yoshihide Suga mulakan tugas sebagai Perdana Menteri Jepun

Agensi
Agensi
17/09/2020
07:22 MYT
Yoshihide Suga mulakan tugas sebagai Perdana Menteri Jepun
Suga yang berusia 71 tahun tiba di pejabatnya di Tokyo, Jepun dengan menzahirkan ikrar untuk melakukan reformasi kepada rakyat, selain menegaskan tanggungjawabnya kini sudah bermula - Gambar AP
Yoshihide Suga hari ini memulakan tugas pertamanya sebagai Perdana Menteri baharu Negara Matahari Terbit itu.
Suga yang berusia 71 tahun tiba di pejabatnya di Tokyo, Jepun dengan menzahirkan ikrar untuk melakukan reformasi kepada rakyat, selain menegaskan tanggungjawabnya kini sudah bermula.
Dalam masa yang sama, Suga bertekad untuk bekerja keras dan memenuhi harapan rakyat negara itu.
“Ini ada pengalaman yang besar.
“Semalam, saya memberikan arahan khusus kepada setiap menteri bahawa esok timbalan menteri dan setiausaha Parlimen akan dilantik. Saya bertekad untuk bekerja keras demi rakyat dan memenuhi kehendak mereka,” katanya kepada pemberita di Tokyo pada Khamis.
Suga secara rasmi dipilih menggantikan Shinzo Abe pada Rabu, beberapa minggu selepas Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara itu mengumumkan hasratnya untuk mengundurkan diri berikutan masalah kesihatan.
Suga yang juga bekas ketua setiausaha negara itu dijangka meneruskan polisi pentadbiran Abe.
Topic Berkaitan
#Jepun
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Shinzo Abe
#Tokyo
#Yoshihide Suga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan