awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy cadang tiga negara neutral sebagai lokasi sidang kemuncak dengan Putin

Bernama
Bernama
21/08/2025
13:45 MYT
Zelenskyy cadang tiga negara neutral sebagai lokasi sidang kemuncak dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis menamakan Turkiye, Austria dan Switzerland sebagai lokasi berpotensi bagi pertemuan bersemuka dengan Presiden Rusia Vladimir Putin. - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis menamakan Turkiye, Austria dan Switzerland sebagai lokasi berpotensi bagi pertemuan bersemuka dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita Ukraine.
"Kami percaya adalah wajar, dan pihak Eropah juga menekankan perkara ini, bahawa mesyuarat perlu diadakan di Eropah yang neutral. Kerana perang sedang berlaku di Ukraine dan di benua Eropah. Saya katakan bahawa kami setuju. Switzerland, Austria - kami setuju," kata Zelenskyy dalam perbualan dengan wartawan pada Rabu, menurut agensi berita Interfax-Ukraine.
Zelenskyy turut menyebut Turkiye sebagai lokasi berpotensi untuk rundingan, dengan menyatakan bahawa ia adalah negara anggota NATO dan "sebahagian daripada Eropah."
Beliau juga berkata bahawa mengadakan pertemuan "tanpa sebarang syarat khas juga merupakan tindakan proaktif pihak Ukraine," sambil menolak Moscow sebagai lokasi berkemungkinan serta menggambarkan prospek Budapest sebagai "tidak mudah pada masa ini" berikutan pendirian Hungary terhadap perang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy
#Presiden Rusia Vladimir Putin
#tiga negara neutral
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan