awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy tetap tidak memakai sut ketika bertemu Raja Charles

Agensi
Agensi
02/03/2025
22:00 MYT
Zelenskyy tetap tidak memakai sut ketika bertemu Raja Charles
Volodymyr Zelenskyy terus menjadi perhatian semasa beliau bertemu Raja Charles, pada Ahad, kerana tidak mengenakan sut seperti lazimnya dipakai oleh pemimpin-pemimpin dunia. - Gambar Reuters
PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelenskyy terus menjadi perhatian semasa beliau bertemu Raja Charles, pada Ahad, kerana tidak mengenakan sut seperti lazimnya dipakai oleh pemimpin-pemimpin dunia.
Sebaliknya, Zelenskyy kekal mengenakan kemeja kasual yang sering menjadi identitinya.
Pakaian Zelenskyy menjadi topik perdebatan khususnya selepas insiden di Pejabat Oval, White House pada Jumaat lalu yang dipertikaikan oleh wartawan yang mengadakan liputan sidang media semasa beliau bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Trump yang beberapa hari lalu merujuk dirinya sebagai ‘raja’ di media sosial – nampaknya mempunyai masalah dengan pakaian Zelenskyy.
Sementara seorang wartawan konservatif AS yang hadir dalam pertemuan tegang itu menuduh Presiden Ukraine itu “tidak menghormati maruah jawatan ini.”
Namun begitu, sebaliknya pula bagi Raja Charles tidak mempunyai sebarang masalah dengan pakaian Zelenskyy.
Presiden Ukraine itu telah tiba di Sandringham Estate di Norfolk untuk bertemu Raja Charles. Penduduk tempatan, sebahagiannya membawa bendera Ukraine, berkumpul di luar kawasan istana untuk menyaksikan ketibaannya.
Pertemuan mereka telah diumumkan semalam dan Zelenskyy berangkat bertemu Raja Charles selepas menghadiri sidang kemuncak pemimpin Eropah di Lancaster House, London. - BBC
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#Raja Charles
#Donald Trump
#Zelenskyy tidak pakai sut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan