awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zohran Mamdani hubungi Trump, bantah tangkap Presiden Venezuela

Bernama
Bernama
04/01/2026
09:00 MYT
Zohran Mamdani hubungi Trump, bantah tangkap Presiden Venezuela
Mamdani berkata beliau menghubungi presiden untuk menyatakan bantahannya terhadap tindakan berkenaan. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Datuk Bandar New York Zohran Mamdani, berkata pada Sabtu bahawa beliau telah menghubungi Presiden Donald Trump secara terus bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang disifatkannya sebagai usaha perubahan rejim di Venezuela susulan penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya dalam satu operasi pada waktu malam.

Ringkasan AI
  • Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, menghubungi Presiden Trump secara terus menyatakan bantahan terhadap usaha perubahan rejim di Venezuela susulan penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya.
  • Beliau mengecam tindakan tersebut sebagai pelanggaran undang-undang persekutuan dan antarabangsa serta menyifatkan operasi AS di Venezuela sebagai "tindakan perang" dan "usaha perubahan rejim secara terang-terangan".
  • Mamdani menekankan keselamatan penduduk New York dan rakyat Venezuela yang tinggal di sana, serta berjanji untuk terus memantau keadaan dan memberi panduan yang diperlukan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Bercakap kepada wartawan pada satu sidang media, Mamdani berkata beliau menghubungi presiden untuk menyatakan bantahannya terhadap tindakan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata bantahan itu berasaskan penentangan terhadap usaha perubahan rejim serta tindakan yang menurutnya melanggar undang-undang persekutuan dan antarabangsa yang seharusnya dipatuhi secara konsisten.
Terdahulu pada hari yang sama, Mamdani menerusi platform media sosial X menyifatkan operasi AS di Venezuela sebagai satu "tindakan perang" dan "usaha perubahan rejim secara terang-terangan".
Beliau menulis bahawa beliau telah dimaklumkan pada pagi itu mengenai penangkapan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya oleh tentera AS, serta perancangan untuk menahan mereka di bawah jagaan persekutuan di Bandar Raya New York.
Mamdani berkata tindakan menyerang sebuah negara berdaulat secara unilateral merupakan satu perbuatan perang dan pelanggaran undang-undang persekutuan serta antarabangsa.
Datuk bandar itu menegaskan bahawa usaha perubahan rejim yang jelas bukan sahaja memberi kesan kepada pihak di luar negara, malah impaknya melangkaui Venezuela dan boleh menjejaskan puluhan ribu warga Venezuela yang menetap di New York.
Beliau berkata fokus utamanya adalah keselamatan mereka serta keselamatan semua penduduk New York, sambil menambah bahawa pentadbirannya akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan panduan yang berkaitan.
Kenyataan itu dibuat selepas AS melancarkan serangan berskala besar ke atas Venezuela, dengan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya Cilia Flores dilaporkan ditangkap dan dibawa keluar dari negara itu, sebelum diterbangkan ke Bandar Raya New York untuk menghadapi pertuduhan persekutuan, menurut Presiden Trump.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang menghubungi Presiden Donald Trump untuk menyuarakan bantahan terhadap usaha perubahan rejim di Venezuela? A: Datuk Bandar New York Zohran Mamdani yang menghubungi Presiden Trump secara terus.
  • Q: Apakah yang disifatkan oleh Mamdani sebagai tindakan yang melanggar undang-undang persekutuan dan antarabangsa? A: Mamdani menyifatkan penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya dalam operasi di Venezuela sebagai tindakan yang melanggar undang-undang persekutuan dan antarabangsa.
  • Q: Apa yang dimaksudkan oleh Mamdani apabila beliau menyatakan operasi AS di Venezuela sebagai "tindakan perang"? A: Mamdani menyifatkan operasi AS di Venezuela sebagai "tindakan perang" dan "usaha perubahan rejim secara terang-terangan" berdasarkan maklumat yang diterimanya.
  • Q: Apakah kesan yang ditekankan oleh Mamdani berkaitan dengan usaha perubahan rejim di Venezuela? A: Mamdani menegaskan bahawa usaha perubahan rejim tersebut tidak hanya memberi kesan kepada pihak di luar negara, tetapi juga boleh menjejaskan puluhan ribu warga Venezuela yang menetap di New York.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Datuk Bandar New York dalam konteks keadaan yang berlaku di Venezuela? A: Datuk Bandar New York menyatakan bahawa pentadbirannya akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan panduan yang berkaitan untuk memastikan keselamatan warga Venezuela yang menetap di New York terjamin.

Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Presiden Venezuela
#zohran mamdani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan