Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna akan menyediakan pangkalan data melibatkan 10,000 produk dalam satu kawasan Parlimen untuk mengkaji impak GST.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata melalui pangakalan data itu, kementerian akan dapat mengumpul maklumat samada terdapat sebarangan peningkatan dalam kos selepas cukai baru itu dikenalkan.

“Contohnya, kita akan lihat harga produk A dan kosnya sebelum GST. Selepas pelaksanaan GST, kita boleh pastikan samada peningkatan dari segi kos atau tidak,” Husni dipetik Bernama.

Menurutnya, kementerian itu akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan menutup Persidangan GST Kebangsaan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd yang berlangsung selama dua hari.