PROGRAM GegarVaganza 3 (GV3) sudah menghampiri kemuncaknya. Enam bintang bakal bersaing untuk merebut tempat pertama.
Selepas Ayai Ilusi dan Siti Nordiana berjaya bergelar juara serta menggegarkan kembali karier muzik mereka, tiba giliran Azharina, Intan Sarafina, Siti Sarah, Ameng Spring, Gmie Screen dan Zarul Umbrella untuk merebut gelaran juara GV 3.
Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada Ahad, 4 Disember ini dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.
Astro Gempak menyenaraikan 10 sebab anda wajib untuk menonton konsert minggu akhir GV 3.
1. Juara Baru
Pastinya penonton tak sabar mahu melihat siapakah juara baru GV. Persaingan sengit yang diberikan enam bintang membuatkan penonton masih samar-samar siapakah yang bakal bergelar juara.
2. Pembuka & Penutup Persembahan
Pastinya akan ada artis undangan yang akan memeriahkan malam kemuncak GV 3 dan mereka bakal menyerikan lagi pentas GV 3 dengan persembahan mereka.
3. Kejutan
Apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh tenaga produksi GV 3 di konsert minggu akhir? Sama-sama kita nantikan!
4. Sarung Mikrofon Azharina
Kemunculan Azharina mencuri perhatian penonton setiap minggu. Pernah tampil dengan mikrofon permata, mutiara dan bling bling, sarung apa lagi yang bakal Azharina pakaikan di mikrofon miliknya? Nantikan!
5. Medley
Buat julung kalinya di pentas akhir GV 3, dua lagu tugasan yang diberikan bakal dipersembahkan secara medley! Bintang GV 3 pastinya membawakan lagu tersebut dalam gaya tersendiri.
6. Battle
Seperti pentas akhir musim-musim sebelumnya, bintang GV akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan menyanyi dalam pusingan battle! Wah, tak sabarnya!
7. Tiga Cara Untuk Menonton GV 3
Selain menyaksikan GV 3 pada setiap Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), GV 3 juga boleh ditonton secara online di www.gegarvaganza.com.my atau rasai pengalaman berbeza dengan menonton malam kemuncak GV 3 di beberapa panggung TGV berhampiran.
8. Juri Jemputan
Pastinya penonton tak sabar menantikan figura manakah yang bakal duduk di kerusi juri jemputan.
9. Aksi Datuk Seri Vida
Penaja program yang merangkap pengasas produk Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Vida pasti akan beraksi dengan comel dan lucu di pentas akhir GV 3.
10. Busana
Pastinya busana yang disarungkan pada malam kemuncak GV 3 bakal mendapat perhatian ramai pihak. Siapa yang bakal tampil memukau dan siapa yang bakal menjadi mangsa fesyen? Sama-sama kita nantikan!
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu akhir GV 3 bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu. Enam bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Siapakah peserta pilihan anda? Sertai undian di bawah.
Astro Awani
Sat Dec 03 2016
Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada Ahad, 4 Disember ini dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat. - Gambar Astro GEMPAK
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
“Sahur pukul 11 malam..." - Ameng kenang sambut Ramadan di penjara
Ameng Spring berkongsi kenangan menyambut puasa sebagai warga penjara sewaktu di tahan di balik tirai besi tidak lama dahulu.
Terima cek tendang RM30,000 di majlis VVIP, Ameng Spring dakwa sering ditipu ‘orang tengah’
Ditanya adakah serik dengan kejadian menimpanya, Ameng berkata, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
'Tiga bulan diganggu suara ghaib?' - Ameng Spring
Jangan sesekali cuba dadah kerana selama-lamanya anda akan terjebak, demikian perkongsian penyanyi popular, Ameng Spring.
"Dia minta saya berhijab kerana ..." A.Aida tunai permintaan suami
Produser Datuk A. Aida menunaikan janjinya kepada suami, Aiff Aziz, 29, yang meminta untuk kekal berhijab selepas berkahwin.
Azharina bakal terbit album 'live recording'
Pelantun lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar, 31, bakal menerbitkan album baharu secara 'live recording' tahun depan.
Cabaran sertai GV 3, Azharina korban masa bersama anak
Azharina mendedahkan antara cabaran yang dihadapi sepanjang menyertai GV 3 adalah berkorban masa bersama anaknya, Rahmat Azharin Azhar.
Azharina dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ketiga
Azharina berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.
Ramalan juara GegarVaganza 3, kekuatan dan kekurangan finalis
Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada malam ini (Ahad, 4 Disember) dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.
10 sebab anda perlu tonton konsert akhir GV3
Program GegarVaganza 3 (GV3) sudah menghampiri kemuncaknya. Enam bintang bakal bersaing untuk merebut tempat pertama.