RIO DE JANEIRO: Lebih sejuta orang berhimpun di pantai Copacabana, di sini, untuk menyaksikan konsert percuma penyanyi tersohor dunia, Madonna pada Sabtu (4 Mei) lalu.
Sekalipun dalam cuaca panas, peminat-peminat Madonna setia menonton konsert jelajah dunianya, “Celebration” sehingga habis.
Dianggarkan 1.6 juta orang membanjiri sepanjang pantai yang cukup terkenal di Rio de Janeiro itu.
Orang ramai juga dilaporkan menunggu selama berjam-jam atau berhari-hari untuk mendapatkan tempat
yang baik.
Sementara peminat yang berkemampuan pula lebih kaya pula memilih berlabuh di puluhan bot berhampiran pantai selain memenuhi pangsapuri berhadapan pantai.
Anggota bomba menyembur air sebelum konsert berikutan suhu melebihi 30 darjah Celsius, untuk menyejukkan peminat berkumpul berhampiran pentas ratu pop dan air minuman diedarkan secara percuma.
Suhu yang dicatatkan semasa persembahan lewat malam adalah sekitar 27 darjah Celsius.
Madonna, 65, mempersembahkan lagu seperti Like A Prayer, Vogue dan Express Yourself selama lebih dua jam bermula pukul 10.45 malam sekali gus menutup sesi konsert jelahag dunia yang bermula akhir tahun lalu.
"Rio, inilah kita, di tempat yang paling indah di dunia, dengan lautan, gunung," kata Madonna kepada orang ramai.
Artis pop Brazil Anitta dan Pabllo Vittar, serta pemuzik muda dari sekolah samba antara yang turut menyertai Madonna dalam persembahan itu.
Lebih 3,000 pegawai polis telah dikerahkan di sekitar kawasan konsert, di mana Rolling Stones dan Rod Stewart juga sebelum ini telah menarik jutaan penonton.
Pihak berkuasa menggunakan strategi pengurusan orang ramai yang serupa dengan pengendalian mereka pada sambutan Tahun Baru yang terkenal di bandar itu.
Pihak berkuasa Brazil juga telah meningkatkan keprihatinan terhadap masalah kesihatan berkaitan haba selepas seorang peminat muda Brazil meninggal dunia pada konsert oleh Taylor Swift tahun lepas akibat strok haba.
Kerajaan negeri dan bandar Rio berkata mereka membelanjakan 20 juta reais (AS$3.9 juta) untuk konsert itu, manakala selebihnya dibiayai oleh penaja swasta.
Pihak berkuasa menganggarkan konsert itu boleh membawa pulangan kira-kira 300 juta reai kepada ekonomi Rio. - Reuters
Agensi
Mon May 06 2024
Penampilan Madonna pada malam konsert "Celebration" yang berlangsung di pantai Copacabana, Rio De Janeiro, Brazil pada Sabtu lalu. - Gambar REUTERS
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Bekas Speaker Parlimen Iran Larijani lancar bidaan Presiden
Bekas Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengemukakan pencalonannya untuk pilihan raya Presiden yang ditetapkan bulan depan berikutan kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Bawa gagasan perjuangan Palestin dalam bentuk keamanan
Antara strategi yang boleh digunakan ialah dengan mengajak masyarakat dunia mengutuk kezaliman zionis dan membiarkan mereka menyampah dengan pemeritahan yang zalim.
[TERKINI] SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beberapa aduan baharu berhubung isu suami seorang menteri dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor. c
62 jemaah dirawat di hospital, jangkitan paru-paru paling ramai
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, sehingga 29 Mei, seramai 62 jemaah Malaysia jatuh sakit dan dirawat di Pusat Rawatan di Arab Saudi dan Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah.
InvestKL jadi anak syarikat MIDA berkuat kuasa 1 Jun - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa terdengar suara
Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya.
Madonna 'sidai' peminat 3 jam!
Ikon pop itu sepatutnya memulakan persembahan sekitar pukul 8.30 malam namun muncul kira-kira pada pukul 11 malam.
Madonna rasa bertuah kerana 'masih bernafas' ketika dirawat di hospital
Kasih sayang daripada keluarga dan sahabat-sahabat adalah ubat terbaik, kata penyanyi lagu Vogue itu.
Madonna fokus pada kesihatan sebaik pulih dari jangkitan bakteria
"Terima kasih atas titipan semangat yang positif, doa dan kata-kata agar saya segera sembuh" - Madonna
Madonna dibenarkan keluar hospital
Penghibur berusia 64 tahun itu dibawa pulang ke rumahnya dengan menaiki ambulans persendirian.
Madonna tangguh siri jelajah dunia akibat jangkitan bakteria
Jangkitan bakteria yang dialaminya adalah serius dan dia akan ditempatkan di ICU untuk beberapa hari.
Madonna jalin hubungan dengan pemuda 29 tahun?
Beza umur 35 tahun, tak ada hal dalam dunia hari ini!
Mengaku kisah hidupnya terlalu luar biasa, Madonna tulis biopik sendiri
Madonna tidak benarkan orang lain menulis kisah hidupnya.
Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires
Penyanyi dan bintang Sape kelahiran Sarawak, Alena Murang dicalonkan bagi anugerah Video Antarabangsa Terbaik dan Penggayaan Terbaik menerusi lagunya, Midang-Midang.