awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Madonna rasa bertuah kerana 'masih bernafas' ketika dirawat di hospital

Agensi
Agensi
31/07/2023
00:20 MYT
Madonna rasa bertuah kerana 'masih bernafas' ketika dirawat di hospital
Gambar fail Madonna ketika menghadiri acara Anugerah Grammy ke-65 di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Februari lalu. - Foto AP
SEBULAN selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan bakteria, Ratu Pop dunia, Madonna kembali merenungi pengorbanan orang-orang tersayang yang membantu memulihkan kesihatannya.
"Kasih sayang daripada keluarga dan sahabat-sahabat adalah ubat terbaik," tulis Madonna dalam kapsyen yang mengiringi foto dia bersama dua daripada enam orang anaknya dalam hantaran di Instagram peribadinya pada Ahad.
Kata Madonna, sebagai seorang ibu, dia mudah untuk terlalu sibuk dalam memenuhi keperluan anak-anaknya, namun, ketika dia diuji dengan kesakitan: "Anak-anak benar-benar memberikan sokongan kepada saya."
"Saya melihat sisi mereka yang belum pernah saya lihat sebelum ini," tambahnya.
Bersama bekas suaminya, Carlos Leon, penghibur masyhur dunia itu dikurniakan seorang anak perempuan, Lourdes Leon serta seorang anak lelaki, Rocco Ritchie ketika mengahwini pengarah Guy Ritchie.
Madonna juga mempunyai empat orang anak angkat iaitu David Banda, Chifundo "Mercy" James dan pasangan kembar Stella dan Estere.
Dalam hantaran sama di akaun media sosialnya itu, Madonna turut berkongsi kesyukuran dengan kehadiran sahabat dan pengurusnya yang setia, Guy Oseary yang menghadiahkannya sekeping gambar polaroid dia "memakai jaket dengan wajah Michael Jackson dilukis di atasnya," yang menurutnya dirakamkan oleh Andy Warhol.
View this post on Instagram
A post shared by Madonna (@madonna)
Madonna mengakui, dia menangis ketika menerima hadiah daripada Oseary kerana "saya sedar betapa bertuahnya saya masih hidup. Dan betapa bertuahnya saya telah mengenali orang-orang ini dan begitu banyak orang lain yang juga sudah tiada."
Oseary mengumumkan pada bulan Jun bahawa Madonna berada di ICU selepas mengalami "jangkitan bakteria yang serius."
CNN kemudian melaporkan bahawa penyanyi "Vogue" itu dibebaskan dari hospital beberapa hari kemudian dan pulih di rumah.
Pada awal bulan ini, pemenang Grammy itu mengumumkan dia akan mengatur semula rancangan konsert jelajahnya "Celebration" ke seluruh dunia yang akan bermula pada bulan Oktober.
"Terima kasih kepada semua ‘malaikat’ saya yang melindungi dan membenarkan saya untuk terus melengkapkan tugas saya," katanya lagi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Madonna
#Madonna masuk ICU
#penyanyi Vogue
#Madonna dijangkiti bakteria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan